Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Internet sangat tak memuaskan buat masa ini. Hati dah berkobar-kobar nak bercerita itu dan ini. Internet sangat mencemburui masa senggang aku untuk menulis.
Ada sebuah kisah ingin aku ceritakan tentang seseorang yang baru kenal erti cinta.
like la like la :D
Assalamualaikum
Internet sangat tak memuaskan buat masa ini. Hati dah berkobar-kobar nak bercerita itu dan ini. Internet sangat mencemburui masa senggang aku untuk menulis.
Ada sebuah kisah ingin aku ceritakan tentang seseorang yang baru kenal erti cinta.
***
Seorang lelaki, bernama Ziad, berkenan dengan seorang gadis yang selalu melintas depan rumahnya sebelum ke sekolah. Cantik. Ayu. Sopan. Cukup buat Ziad tenang apabila bertemu. Ziad mula jatuh cinta. Pandang ke berapa entah. Perasaan itu sentiasa ada. Malah terus mekar. Indah sungguh andai dapat bersama, fikir Ziad.
Ziad berkira-kira, mana mungkin hanya dari jauh dia menyelidiki. Berbekalkan buku 100 Tips of Stalking for Dummies di tangan kanannya, Ziad pasang tekad teguh-teguh. Mulai esok, Ziad akan terus berjuang untuk mendapat gadis pilihannya.
Esok, Ziad ekori gadis itu pulang ke rumah. Dekat sahaja rumah Ziad dengan rumah gadis itu. Hati Ziad gembira. Dia terus mengintip latar belakang gadis itu. Namanya Ziadah. Sekolah sebelah sekolah Ziad. Sebaya. Suka makan western food. Tak suka lelaki smoking. Tak suka tengok cerita seram. Macam-macam lagi maklumat Ziad dapat tentang Ziadah. Dia mula pasang strategi.
Ziad nampak Ziadah lintas depan rumahnya. Terus Ziad berlari menuju ke arah Ziadah dan pura-pura terlanggar Ziadah. Ziadah tenang tak marah-marah. Salam kenal dihulur. Perkenalan demi perkenalan dihulur. Ziad makin rajin joging jauh-jauh, pergi sekolah tak guna short cut. Mana tidaknye, joging sanggup pusing depan rumah Ziadah, pergi sekolah hantar Ziadah dahulu baru pergi sekolah Ziad ke sekolah.
Ziad tanya, sudi jadi suri hati Ziad tak Ziadah. Ziadah dalam malu-malu angguk. Pertemuan diatur di luar waktu sekolah pula. Ziad tak suka cerita romantik, tapi demi Ziadah, dia sanggup juga teman Ziadah tengok cerita Lagenda Budak Setan. Dia layankan sahaja Ziadah menangis dalam panggung. Keluar makan KFC, Ziadah suruh Ziad makan coleslaw. Ziad tak suka sayur, tapi demi Ziadah, dia gagahkan diri walaupun rasa nak muntah. Macam-macam lah lagi Ziad korbankan demi cintanya pada Ziadah.
***
Bila sudah cinta, maka jadilah kita hamba. Menurut kehendak yang disayangi, tak buat apa yang dibenci.
Kita cuba fikir. Kita kata kita cinta Allah. Kita buat tak apa Allah suka dan tinggalkan tak apa yang Allah tak suka walaupun kita suka?
Ingat, jahiliyah dan Islam takkan pernah boleh bercampur macam minyak dengan air. Bahkan kalau minyak itu sedang panas, bila dicampur air, meletup minyak itu.
Kalau benar CINTA pada Allah, mari sama-sama lakukan apa Allah suruh.
Kalau benar CINTA pada Allah, mari sama-sama tinggalkan apa Allah benci.
Kalau benar CINTA pada Allah, mari sama-sama pohon Allah jauhkan kita dari syaitan yang mengheret kita ke neraka.
Bila kita cinta pada Allah, insyaAllah nanti Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada kita dengan pelbagai cara. Jadilah kita hamba cinta kepada yang maha esa, Allah azza wajalla. InsyaAllah.
Ingatan untuk diri sendiri dan semua. :)
Maasalamah





Tiada ulasan:
Catat Ulasan