Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Apa khabar kalian semua? Sihat? Iman kita bagaimana? InsyaAllah sihat juga kan? Syukran giddan(terima kasih banyak-banyak dalam dialek amiyah Mesir) kepada mereka yang memberi semangat dan doa kepada aku dan sahabat. Jangan risau, insyaAllah kami pelajar Mesir selamat sahaja. Doakan agar Mesir pulih cepat-cepat dari krisis dan kami boleh belajar dengan tenang.
Sedar atau pun tak kita sudah pun mahu melangkah ke tahun baru. Pelik ke? Kenapa? Kalian semua mesti fikir aku ni dah tak pandai math sebab dah lama tinggal math.
Sedar atau tak, kita sudah melangkah ke tahun baru Islam. Tahun 1433 Hijrah. Cepatnya masa berlalu. Sudah 1433 tahun tahun Islam dikira. Dan kalian semua tahu peristiwa apa yang sinonim dengan tahun baru ini?
Benar.
Hijrah Rasulullah Sallallahualaihi wasalam dan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah.
Semua kita sedia faham kisah penghijrahan Rasulullah dan para sahabat ke kota Madinah, InsyaAllah. Kalau yang tak tahu ataupun tahu tapi nak tahu lebih lanjut, mungkin boleh cari di laman sesawang lain kerana aku bukanlah pendeta bahasa yang hebat. Aku tak pandai bercerita macam akhawat kesayangan Kak Milah, Kak Fira, Kak Sakinah yang mampu buat air mta mengalir mengenang keagungan kisah hijrah ini.
Tapi, ada pengajaran yang dapat kita kutip dari kisah hijrah ini.
Menurut syariat, Hijrah terbahagi kepada 3 maksud berasaskan dalil-dalil tertentu.
like la like la :D

![]() |
| Add Math I Miss You >< [gambar] |

| Betapa Allah jadikan sesuatu penuh dengan ibrah (pengajaran) agar manusia tahu Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. [gambar] |
Antara peristiwa yang terjadi selepas hijrah Nabi Muhammad sallallahualaihi wasalam ke kota Madinah ialah
Membina Masjid Quba'Sebelum aku menghurai lebih lanjut tentang apa kaitan ketiga-tiga peristiwa ini dengan kita, mari kita lihat apa maksud HIJRAH.
Menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar
Menubuhkan Piagam Madinah
Menurut syariat, Hijrah terbahagi kepada 3 maksud berasaskan dalil-dalil tertentu.
1. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:
"Orang2 yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yg Allah telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)
2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang2 musyrik atau orang2 kafir yang menfitnahkan orang2 Islam atau mempersendakan agama Islam.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140)
3. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang2 kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang2 muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yg terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat2 ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.
Jazakallah, sumber
Tiada lagi hijrah selepas Fathu Mekah. Yang ada hanya hijrah kita untuk berubah dari yang buruk kepada yang baik, yang baik kepada yang lebih baik.
Berpatah balik kepada peristiwa-peristiwa yang aku sebutkan tadi. Apa signifikasi peristiwa tersebut terhadap penghijrahan kita?
Pembinaan Masjid Quba'
Letakkan Masjid Quba' dalam kepala. Kalau tak mampu, cukup letak surau di kawasan rumah kalian sebagai tanda aras. Apa guna surau/masjid tersebut? Untuk solat bukan? Lalu, apa guna solat kepada kita? Ya, tepat! Untuk mendekatkan diri dengan Allah, tuhan kita.
Untuk menampakkan hasil yang lebih baik daripada hijrah kita, pastinya kita perlu rapat dan dekat dengan Allah. Nampak bukan signifikasi pembinaan masjid dengan hijrah kita? Untuk hijrah yang mantap, perlu sentiasa dekat dengan Allah. Bagaimana? Solat. Jaga lah solat 5 waktu kita terutamanya. Tambahkan dengan solat sunat agar nampak lebih cantik hubungan kita dengan Allah. InsyaAllah. Ingatlah bahawa solat adalah perkara pertama yang akan dihisab kelak oleh Allah ketika di padang Mahsyar.
Penyatuan Muhajirin dan Ansar
Untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu mahupun yang sudah tahu, kaum muhajirin adalah kaum yang berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala kaum Ansar adalah penduduk Madinah yang menerima Islam selepas penyebaran agama Islam ke Madinah oleh Mus'ab bin Umair.
Selepas tiba di Madinah, Rasulullah Sallallahualaihi wasalam mempersaudarakan kedua kaum ini dan mereka menerima baik usaha Rasulullah tersebut. Kaum Ansar sanggup berkorban apa sahaja untuk saudara baru mereka asal mereka berasa selesa di Madinah. Kaum muhajirin pula tidak mengambil kesempatan atas kebaikan kaum Muhajirin. Sungguh, mereka hidup penuh harmoni atas dasar akidah yang sama.
Ibrah yang dapat diambil dari peristiwa ini adalah dalam penghijrahan kita menjadi lebih baik, kita perlu mempunyai unit sokongan yang kuat. Kita hanyalah manusia yang lemah. Kerana itulah Allah menjadikan manusia lain di sekeliling kita seperti keluarga dan sahabat untuk menjadi support system kepada perjuangan yang ingin kita bawa. Mintalah sokongan keluarga dan sahabat untuk menegur kita apabila kita lalai dalam perubahan kita kerana untuk berubah bukanlah mudah.
Piagam Madinah

Piagam Madinah adalah piagam yang ditulis oleh Rasulullah sendiri yang juga merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Sebanyak 47 fasal dibicarakan dalam piagam ini, 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
Apabila kita membicarakan tentang piagam ataupun dalam bahasa mudahnya undang-undang, ia sering berkait rapat dengan disiplin.
Apa yang cuba kita kaitkan di sini adalah, untuk berubah, disiplin yang tinggi untuk meninggalkan jahiliah dalam diri kita. Kita perlu sabar dan kuat untung menentang jahiliah dalam diri kita.
Aku pun masih dalam fasa berubah. Aku doakan kita sama-sama dapat menjadi mujahid fi sabilillah, yang sama-sama mendiami jannatullah insyaAllah.
Syukran giddan untuk mama ayah yang ajar aku dengan Islam, cara hidup Islam, besarkan aku dalam suasana dan didikan Islam. Tak lupa buat ukhti yang selalu jadi support system apabila aku jatuh, yang sentiasa bagi semangat bila aku lemah. Juga untuk sahabat-sahabat yang selalu nasihat aku, sapu air mata aku, yang peluk aku bila aku perlukan, terima kasih banyak banyak banyak. Semoga kita nanti tinggal berjiran di syurga. Lebih indah kalau kita duduk sesyurga. InsyaAllah.
Salam Maal Hijrah 1433 Hijrah =D
Salam Maal Hijrah 1433 Hijrah =D
Maassalamah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan