Bismillahirrahmanirrahim
Tatkala kepala kusut dengan pelbagai masalah yang melanda kehidupan seharian, aku masih mampu tersenyum..walau dalam hati sudah banjir direndami air ..ah..lemahnya aku..terlalu lemah..
Terima kasih sahabat..aku tahu kau juga sedang lemas dengan kehidupan kau..dan kita sama-sama lemas..tapi kau tenggelam lebih..kerana mungkin dibebani masalah aku..mungkin kau sudah bosan..dan hari ini aku sudah tahu kebenarannya..
kau penat dengan aku bukan?
kau kata,perasaan kau masih sama seperti dahulu..kau tetap sayang pada aku sama seperti dahulu..kau tetap kasih kepada aku sama seperti dahulu..cuma kau tak berasa selesa dengan diri aku yang sering mengeluh kesedihan..kau tak suka dengan aku yang tak tabah mengharung liku kehidupan..
menitis air mata aku tatkala itu sahabat..andai kau tahu..
namun aku berfikir sejenak..
semua ini SALAH AKU
ya..salah aku yang membebani engkau dengan masalah aku..sedangkan aku ada Dia..
ya Allah...kau ampunkan dosa aku ini ya Allah..ya Allah...tolong..ampunkan aku...aku terlupa sejenak akan kekasih hatiku ini..ampunkan aku ya Allah..aku kembali kepadaMu ya Allah..
Ya Allah..aku harap sahabatku dapat memaafkan aku..ya Allah berilah kekuatan dan ketenangan untuknya..aku janji aku takkan ganggu dia lagi...aku perlu belajar hidup sendiri..aku perlu belajar untuk kuat..ya Allah..ajar kan aku semua itu ya Allah..tolong kukuhkan hati ini ya Allah..tolong bentengkan empangan air mataku sekukauhnya ya Allah...agar dia tak tertumpah sewenangnya..

notakakidrmira
1. malam ny ada iftar jam'i dengan sekelas..aku masai pai ayam..alhamdulillah Allah bagi kemudahan..sedekah untu para mujahadah serta orang berpuasa insyaAllah
2. malam ny juga ada kuiz..ya Allah..aku tak sempat baca lagi kerana terlalu melayan perasaan
3. terima kasih kepada kak ngah (dua pupu aku) yang sudi nak kongsi nota-nota medikal dari Australia..dia akan tamat pengajian dalam sarjana muda perubatan dan pembedahan dari adelaide university tahun hadapan..ah..indahnya!
Maassalamah
Al-intaahi






Tiada ulasan:
Catat Ulasan