pelukis masa depan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..


Aku hanya pelukis masa depan. ya. lukisan belum tentu boleh direalisasikan. kadang-kadang aku melukis dengan laju. kadang perlahan. oh ya. aku sedang belajar menulis. menulis rasa hati. jauh dari orang tersayang membuatkan mentaliti seorang Amirah Farhana binti Roslan berubah. keseluruhannya mungkin

kembali kepada pelukis masa depan... banyak angan-angan pernah aku catatkan.. dan aku tak dapat nafikan , kadang terlalu indah lukisanku.. sampai satu saat aku terfikir, akan seindah inikah hidupku

aku teringat perbualan kita

aku : jom kita berangan sama-sama
kau : ok, kamu mula dulu


dan seperti biasa kita akan menyuruh antara satu sama lain mula dulu..kau taknak,aku pon takak.. dan biasanya aku akan merajuk

aku : kamulah mula dulu..
kau : la, kamu yang ajak, kamu lah mula dulu
aku: um..pasal apa?
kau : ntah..ikut kamu la
aku : um, tak payahla

muncuk tujuhpuluhtujuh depa.. dan kau macam biasa, xendah..paling-paling pun kau akan cakap

kau : merajuk ke?
aku: ntah..
kau : um..yela


tapi kita sama-sama tahu rajuk aku xlama..

eh .. lari topik lagi..

bila terfikir-fikir balik, terlalu banyak lukisan yang dah aku lukiskan yang dah aku lakarkan.. lukisan imiginasi  orang kata tak pernah buruk.. hei, bagi aku berbeza.. kadang-kadang banyak unsur negatif yang aku warnakan dalam lukisan aku..

oh, mari aku tunjukkan lukisan masa depan aku

mulai saat 13 30 waktu mesir, 12/6/2011 (hari jadi aku yang ke 18 tahun 7 bulan hari ny =))

Dream Pictures, Images and Photos

Mumtaz sepanjang tahun
Tahun 4 kalau diizinkan mahu menyambung tahun klinikal di Malaysia.. sebab aku akan bekerja di Malaysia,lebih praktikal bukan?
Tahun 4 juga kalau ada rezeki nak tamatkan zaman bujang :p kalau ada orang yang hendak la kan :p
Tamat pembelajaran,bekerja dalam 6 tahun dan terus ingin menyambung pelajaran dalam master(specialist) dan sub specialist dalam bidang anesthesiology for pediatric
selepas 10 tahun, hendak cuba menjadi pendidik pula..ingin meluangkan masa bersama keluarga :)
dan semestinya aku inginkan keluarga yang sangat bahagia <3
dan banyak lagi

sisi gelap aku, tak perlulah di ceritakan di sini..biar aku menangis sendiri mengenangkan sudut negatif dalam lukisan aku.

teringat aku kata-kata kau

aku : nanti kalau kamu dah kawin, kamu nak anak berapa ramai?
kamu : sepasukan futsal dan sepasukan netball

ketawa..tingginya angan-angan..mungkin itu yang mengindahkan lagi lukisan masa depan mu bukan sahabat?

ah..aku tak sabar menunggu lukisan itu menjadi realiti dan sebuah kenangan manis dala diari kehidupan..senyum sendiri..mata tertutup dan dalam hati tak putus berdoa agar lukisan yang digambarkan menjadi kenyataan yang membahagiakan insyaAllah..


notakakidrmira

1. tulisan aku nampak dewasa kan? fasa pertama untuk berubah menjadi matang insyaAllah.. :)
2. mengulang-ulang lagu Pernata yang dicari daripada dhearty.. terasa dengan lagu tersebut :')
3.mungkin kerana terlalu rindu..oh, aku tak patut habiskan ayat ini..
4. kepala terbayang-bayang rumah..ok lagi 78 hari lagi..sabar
5. peperiksaan akhir tahun satu dalam masa 62 hari lagi, baki untuk kelas ada 43 hari.. mohon Allah permudahkan..doakan aku kalian..

maassalamah

*Al-intaahi*


like la like la :D

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Entri yang menunjukkan kematangan...semoga ruhiyyahnya matang mendahului usia inshaAllah !

suka anganan yang banyak2 tu...paling suka bab kawen tahun 4. inshaAllah, jodohnya bakal menyusul kalau tiba masanya nanti, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Dan semoga Dr. Amirah menjadi seorang pelukis yang melukis dengan lukisan2 yg bermanfaat inshaAllah...teruskan melukis yaaa...

Bittaufiq wannajah untuk imtihan ya !!
salam ziarah~

Dr. Amirah berkata...

@mylittlepencil syukran awi-awi atas komennya kak nadhrah..masih dalam fasa berubah ke arah kematangan insyaAllah :)insyaAllah akan didisi diari kehidupan dengan perkara yang mendekatkan diri dengan rahmat dan RedhaNya..amin ya rabb..terima kasih juga atas doa..semoga kak nadhrah juga berjaya dalam peperiksaan amin ya rabb