Antologi Bola Besi - Tiada Istilah"Don't Judge a Book by its Cover"?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Hampir dua bulan meninggalkan dunia blogging atas alasan sibuk. Terima kasih kepada yang sudi melawat walaupun tiada entri baru.

Ok, kepada adik-adik yang nak ambil peperiksaan SPM atau PMR atau STPM jangan terkejut, tiada antologi terbaru untuk anda. Ini hanya antologi rekaan aku. Yang memang ada sebenarnya ANALOGI BOLA BESI.

Anda semua tahu apa itu analogi bola besi?

Kalau tak nampak sila klik gambar

Semalam aku pergi Time Management Course yang disampaikan oleh seorang senior yang insyaAllah biiznillah akan graduate tahun depan. Melalui sedikit daripada isi ceramah itu, aku faham sesuatu benda.

Tiada istilah "Don't Judge a Book by its Cover"

Apa maksudnya?
Apa kaitan dengan Analogi bola besi?

Pertama sekali, biar aku terangkan apa itu bola besi.

Tengok gambar tadi. Ada tiga bulatan kan? Bulatan yang paling dalam adalah akidah, seterusnya hati, pemikiran dan sifat dalaman dan bulatan paling luar adalah cara hidup secara amnya.

Baiklah, besi, bila dah panas, dia akan melebur kan? Leburan dia akan tersebar ke lapisan-lapisan luar. Kan?

Anggap lah bulatan aqidah tu sebagai inner core of besi.

Bila kita panaskan aqidah tu *maksud panas maksudnya mantapkan akidah*, maka ianya akan melebur dan seterusnya spread kepada cara pemikiran yang baik, hati yang bersih, dan kekuatan dalaman yang mantap kan?

Jadi, bila hati dah baik, hati dah bersih, kekuatan dalaman dah mantap, maka terzahir lah semua ini dengan perbuatan kita, cara hidup kita.

Sekarang dah faham arrows dekat bulatans tu?

Ok. Sekarang, aku nak bagitahu kenapa tak ada istilah Don't judge a book by its cover.

1. Seperti yang diterangkan, kalau aqidah mantap, maka mantaplah luaran ataupun cover seseorang itu. The reverse is also true. Kalau aqidah lemah, maka luaran atau cover seseorang itu akan menonjolkan bagaimana keadaan aqidah seseorang, bagaimana hati seseorang, bagaimana cara dia berfikir dan seterusnya.

2. Mari perhatikan surah Al- Asr

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.


Allah kata, orang yang tidak rugi ini ada 4

  1. Beriman
  2. beramal soleh
  3. berpesan-pesan kepada kebenaran
  4. berpesan dengan sabar
Seperti yang kita tahu, iman adalah nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita. Apakah ciri-ciri orang yang beriman?

  1. khusyuk dalam sembahyangnya
  2. mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
  3. mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
  4. mereka yang menjaga kehormatannya  kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya
  5. mereka yang menjaga amanah dan janjinya
  6. mereka yang tetap memelihara sembahyangnya

Iman itu umpama akar pokok. Bila kuat dan sihat akar pokok itu, maka cabangnya akan kuat juga. Buahnya turut cantik, boleh dipetik dan dijual juga dimakan.

Bila akar pokok tak sihat, tetap akan hasilkan buah. Tapi buahnya buruk, berguguran di tanah. Tiada siapa nak makan. Tak membawa apa-apa hasil pun.

Tak sukar kan mentafsir ciptaan Allah bagi orang yang mempunyai akal dan mampu berfikir?

Bila iman kita kukuh, aqidah kita mantap, maka baiklah fikiran kita, hati kita, maka akan terpancarlah melalui peribadi kita.

Soalan! Orang bukan Islam, para asi*pembuat maksiat* aqidahnya mundur, imannya rapuh. Tapi mengapa dia tetap baik hati?

Jawapan! Macam yang aku cakap tadi, iman umpama akar pokok. Kalau akar rapuh, buah tetap akan terhasil, tapi busuk. Tak ada faedah.

Soalan! Kenapa ada orang yang luarannya macam ustaz, masjid tak tinggal, tapi tiba-tiba ditangkap kerana khalwat.

Jawapan! Senyum dulu. Kan Allah jadikan dunia ini sendiri sebagai ujian buat manusia?
Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebagian kamu atas sebagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.” 
6 : 165 
Pernah dengar ungkapan, makin beriman seseorang, makin kuat ujian Allah buatnya? Baik. Orang yang kau maksudkan tadi telah gagal dalam ujian yang Allah berikan. Maksudnya imannya sebenarnya masih rapuh. Lihat semula penerangan jawapan bagi soalan pertama tadi.

Dia baik, tapi kebaikannya tiada nilai di sisi Allah kerana dia tak ikut kata Allah.

Kena faham betul-betul bulatan bola besi tadi. Kalau luaran nya baik, menurut syariat, pasti hatinya, pemikirannya, dalamannya cantik. Aqidahnya jangan cakaplah.

Memang, ada yang kata, tu orang yang tak tutup aurat, jangan lah cakap dia jahat walaupun tak tutup aurat. Dia masih solat, cuma tak tutup aurat sahaja.

Memang, mereka masih solat, Alhamdulillah kalau benar. Tapi kalau solat, kenapa tak tutup aurat? Kenapa tak amalkan ajaran Islam secara menyeluruh?

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara menyeluruh (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
2 : 208

 Aku tak menuduh orang yang tak tutup aurat jahat, aku pun tak cukup sempurna. Cuma, cuba fikirkan, kenapa kita masih tak dapat hidayah walaupun kita baik? Kita solat. Mungkinkah belum sempurna solat kita itu? Belum sempurnakah ibadah kita?


KONKLUSI

Sebenarnya, analogi bola besi ini lebih kepada stimulus untuk latihan da'wah dan tarbiyah.

Bukan untuk menilai seseorang sesuka hati.

Bila kau lihat seseorang baik perilakunya, indah pekertinya, jumpalah dengan dia, pelajari ilmunya.

Bila kau lihat seseorang yang masih terkapai-kapai dalam kejahilan, kau ada ilmu, lukiskan bulatan ini untuknya. Mana tahu nanti dia mengerti maksudmu dan berubah. Alhamdulillah.

Dan bola ini, utamanya untuk diri sendiri. Bila terasa diri ini mutabaah amal *hitungan amalan kebaikan* berkurang, lukis bola besi sendiri. Tengok apa kurangnya kita. Di mana kurangnnya kita.

Hidup ini, tak boleh di congak-congak. Kena tulis baru nampak. Kadang-kadang kita buta hati, buta akal. Bukan kita nak, syaitan yang tolong tutupkan. Bila tulis, nampak sikit mana kurang dan lebih. Baru boleh tahu apa yang perlu di ubah, apa yang boleh dimantapkan.

Priority matrix [gambar]

Baiklah, perlu solat dan bersiap-siap nak pergi kelas arab. Kalau ada masa, aku online sebab peperiksaan makin dekat.

Akhir kata,

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Nota Kaki

  1. Doakanlah Mesir tak ada apa-apa.
  2. Ya Allah, let me walk the talk. Amin
Maassalamah.

like la like la :D

1 ulasan:

Zida berkata...

ko boleh hantar benda ni kat iluvislam :DD