Inginkan semangat?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamalaikum

Berada dalam dunia tarbiah. Kadang-kadang terjadi satu pertempuran hebat. Iman vs Futur . Futur ni maksudnya bertangguh, malas dan tak konsisten selepas aktif bergerak.

Selalu terfikir, ilmu baru sikit, dah nak berdakwah?

Selalu terfikir, baru masuk dunia tarbiah, dah nak berdakwah?

Kadang-kadang diri ini rasa dah cukup baik dah. Tapi bila bercakap dengan orang yang lebih berilmu, rasa macam

Ya Allah, rupanya sikit je perubahan aku?

Ye. Kadang-kadang sakit. Tapi setiap kesusahan akan diganti dengan kesenangan.

Wahai jasad dan roh tersayang, jangan seksa hati dan fikiran dengan soalan itu! Kau kata pada semua akhawat uhibbuki fillah, mana bukti uhibbuki fillah itu?

Kata sayang rasullullah, tapi kau buat tak macam nabi suruh?

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Carilah motivasi - motivasi untuk mengekalkan momentum tarbiah dan da'wah itu sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Adakah kita hanya mahu duduk di tepi gelanggang menyaksikan kemenangan Islam

Atau adakah kita mahu menyertai peperangan dan kalau ada untung, syahid dalam perang menegakkan Islam?

Perang sekarang bukan lagi perang senjata.
Perang sekarang perang pemikiran!

Benar, janji Allah pada akhirnya Islam akan menang.

Tapi lebih manis kalau kita turut menyertai peperangan ini bukan?

Mahu futur lagi?

Tanaya imanmu.

Allah mahu lihat sejauh mana kita terus kekal bergantung harap padaNya dan sejauh mana kesabaran kita.

Entri pendek sebab nak pergi study.

P/S 

1.  Bismillahirrahmanirrahim . ya Allah permudahkanlah Amirah Farhana Roslan menjawab semua paper untuk exam mid sem pada 13/2 - 23/2 . limpahkan idea yang melimpah ruah dan bernas kepadanya . berikan kekuatan ingatan dan kebijaksanaan kepadanya agar mudah baginya untuk mengingati , memahami segala 
yang dipelajari . permudahkan baginya menjawab soalan peperksaan dgn hati yang tenang . hilangkan rasa keraguan dalam hatinya ketika menjawab peperiksaan . berikanlah kejayaan yang cemerlang kepadanya ya Allah . AMIN.

2. Aku confuse, Siksa ke Seksa?

Maassalamah
like la like la :D

Tiada ulasan: