Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Petang tadi, aku pergi melawat rakan sekelas aku yang berada di hospital. Dia patah tangan sebelah kiri kerana jatuh bermain bola. Bila tengok gambar sinaran x *baca xray* nampak agak teruk. Bila dia bercerita tadi pun, aku boleh rasakan kesakitannya. Kalau boleh nak tutup telinga. Tapi nanti apa kata orang pula. Jadi aku hanya mampu gosok-gosok tangan kiri aku.
Nota ini buat kau kawan. Dan juga untuk bakal pesakit kita nanti. Dan untuk mereka yang sakit tika ini. Biar sakit itu cuma demam. Biar sakit itu seteruk kanser tahap 4. Nota ini untuk aku juga.
Wahai pesakit,
Janganlah kau bersedih atas kesakitan yang kau alami. Nyata ia perit, tapi renunglah kembali dan ucaplah alhamdulillah sambil tersenyum. Ini kerana Allah sedang membasuh dosa-dosa kecil mu. Betapa hebatnya kau, hingga dipilih Allah. Bukan mudah jadi manusia pilihanNya. Jadi berhenti menangis dan kembali senyum. Sakit itu penyembuh. Masakan tidak, sakit itu membuang dosa bukan?
Wahai pesakit,
Tahukah kau bahawa engkau bertuah kerana dipilih Allah secara terus untuk ditegur? Bukan sembarangan orang Allah pilih untuk menasihati dan mengingatkan mungkin ada dosa lalu yang kau buat tanpa kau sedar ataupun yang memang kau sedar. Maka, istighfar lah sebanyak mungkin, mohon ampunlah atas dosa tersebut, bertaubatlah. Sesungguhnya Allah itu sifatNya Tawwaburrahim (Maha menerima taubat lagi Maha penyayang)
Wahai pesakit,
Apabila sakit, kita hanya ada dua pilihan, untuk menangisi kesakitan itu tanpa dapat apa-apa atau pun untuk bersabar dan makin mendekatkan diri dengan sang pencipta serta mendapat pahala. Pernah tak baca satu ayat cinta dari Allah untuk kita?
Tak rugi bersabar, kerana sesungguhnya Allah telah menghadiahkan pahala yang besar buat hambaNya yang bersabar.
Aku harap nota ini dapat sedikit sebanyak mengundang gembira di hatimu wahai pesakit. Di sini juga aku titipkan salah satu amalan mudahyang diamalkan oleh Rasulullah ketika baginda sakit.
like la like la :D

DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”
Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”
Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”
Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)
![]() |
| Rehat banyak-banyak, istighfar banyak-banyak [gambar] |
Wahai pesakit,
Tahukah kau bahawa engkau bertuah kerana dipilih Allah secara terus untuk ditegur? Bukan sembarangan orang Allah pilih untuk menasihati dan mengingatkan mungkin ada dosa lalu yang kau buat tanpa kau sedar ataupun yang memang kau sedar. Maka, istighfar lah sebanyak mungkin, mohon ampunlah atas dosa tersebut, bertaubatlah. Sesungguhnya Allah itu sifatNya Tawwaburrahim (Maha menerima taubat lagi Maha penyayang)
Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan. 42 : 25
![]() |
| Dosaku menggunung =( [gambar] |
Wahai pesakit,
Apabila sakit, kita hanya ada dua pilihan, untuk menangisi kesakitan itu tanpa dapat apa-apa atau pun untuk bersabar dan makin mendekatkan diri dengan sang pencipta serta mendapat pahala. Pernah tak baca satu ayat cinta dari Allah untuk kita?
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. ......*hingga akhir ayat* 2 : 286
![]() |
| Jangan takut untuk sakit =) [gambar] |
Tak rugi bersabar, kerana sesungguhnya Allah telah menghadiahkan pahala yang besar buat hambaNya yang bersabar.
Dari Suhaib ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)Berlapang dadalah ketika sakit. InsyaAllah bila kita redha dengan segala - galanya, Allah akan redha kepada kita kembali. Dan ingatlah setiap kesuhan pasti akan berganti kebahagiaan !
![]() |
| 94 :5 [gambar] |
Aku harap nota ini dapat sedikit sebanyak mengundang gembira di hatimu wahai pesakit. Di sini juga aku titipkan salah satu amalan mudahyang diamalkan oleh Rasulullah ketika baginda sakit.
- Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca:
a) Surah Ikhlas
b) Surah Falaq
c) Surah Nas
b) Surah Falaq
c) Surah Nas
Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syafakumullah buat para pesakit di luar sana. Moga antum sentiasa berada dalam lindungan Allah hendaknya.
Maassalamah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan