Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh my dearest brothers and sisters
Cuti panjang daripada dunia blog tak bermaksud rehat yang panjang. Saya memencilkan diri dari dunia blogging buat seketika, bukan kerana merajuk dengan dunia blogging, bukan kerana merajuk dengan apa-apa sahajalah. Tapi kadang-kadang letih. Kadang-kadang penat meniti jalan yang sangat tajam selekohnya.
Sepanjang "cuti" ini terlalu banyak perkara yang saya pelajari. Dan apa yang dapat saya simpulkan di sini, tersangat penting untuk kita mencari dan membina kekuatan dalaman untuk meneruskan kehidupan yang penuh liku.
![]() |
| Tiada pilihan [GAMBAR] |
Apakah ubat kekuatan? Tiada lain, iaitu kesabaran.
Maksud sabar
Menurut pakcik gugel , dari segi perkataan, sabar maksudnya menahan. Manakala dari segi istilah adalah kekuatan jiwa dalam menahan diri dari berakhlak mazmumah (tidak baik) apabila berlaku sesuatu perkara. Contohnya, Kehilangan yang tersayang, kegagalan dalam peperiksaan dan sebagainya. *name it yourself*
![]() |
| Kekuatan itu bagi Allah semuanya [GAMBAR] |
Sepanjang hampir 3 bulan tidak berblogging, macam-macam perkara yang terjadi terhadap diri saya dan mereka yang disekeliling saya. Saya sangat bersyukur kerana Allah mencampakkan saya ke dalam sebuah suasana di mana kebanyakkan daripada orang sekitar saya hidup dalam suasana tarbiyah islamiah. Kami saling kuat menguatkan, ingat mengingatkan, sayang menyanyangi. Itulah dia kemanisan ukhuwah dan paling penting, kemanisan tarbiah itu sendiri.
Tapi, bagaimana dengan mereka yang belum berpeluang untuk hidup dalam suasana sebegini? Ye, saya fokuskan kepada suasana di Malaysia.
Baru-baru ini, saya pulang selama dua minggu ke Malaysia. Dan saya lihat keadaan di sekeliling saya. Maksud saya di luar zon selesa saya.
Saya sangat sedih dengan keadaan itu. Saya terbaca di dada akhbar, pelajar bunuh diri kerana tidak lulus UPSR. Wahai, anda baru berumur 12 tahun. Sudah ada fikiran untuk membunuh diri?
Itu baru satu berita. Dan bermacam lagi yang saya dapat tahu daripada mama ayah saya.
Dalam saya mengutuk perbuatan itu, lalu Allah beri saya ujian yang bagi saya Maha hebat.
Saya terpaksa mengulang 4 daripada 5 subjek untuk peperiksaan akhir ini.
Beberapa hari saya diam. Dan menangis. Saya baru sahaja pulang ke Malaysia. Allah sudah mahu saya pulang ke Mesir.
Mujurlah Allah itu Maha penyanyang. Dia hantarkan buat saya hamba-hambaNya yang baik, yang menyayangi saya untuk beri ketenangan dalam hati saya. Untuk beri kekuatan kepada saya. Untuk memujuk saya bahawa Allah mencintai orang yang sabar dan bangkit kembali.
“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153), dan“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).
Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat dengan berkata): ‘Selamat sejahteralah kamu, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (surah al-Ra’d, ayat 23-24)
Allah. Banyaknya hikmah sabar. Malah, banyak lagi ganjaran yang Allah janjikan buat mereka yang sabar dan redha akan ketentuan Allah.
Derita buatmu ada hikmahnya
![]() |
| Pelangi selepas hujan [GAMBAR] |
Sesungguhnya kesusahan ini juga merupakan cara Allah mengirim rasa cintaNya buat kita. Masakan tidak, Allah sentiasa memerhati hambaNya yang diberi ujian. Gembiralah kita kerana Allah masih beri peluang untuk kita untuk menebus segala doasa, kesalahan kita. Bergembiralah kita kerana Allah masih ingat pada hambanya yang bernama fulan bin si fulan !
Lalu, nikmat yang mana lagi ingin kau dustakan?
Maka, bila diuji, jangan cepat melatah. Saya akui, saya berasa sangat rendah diri, saya berasa sangat lemah ketika itu. Saya langsung tak ada kekuatan untuk bangun dari tangisan saya pun. Tetapi, bila kita mencuba mengingati hikmahNya yang maha banyak itu, kekuatan itu datang sendiri kerana selangkah kita mencari Allah, Allah berlari-lari menghampiri kita. Allah tak memerlukan kita pun. Kita yang memerlukan Allah. Allah tak pernah kejam dengan hambaNya. Cuma , itulah seni dalam pemberian Allah.
Perlu kita tahu, kekuatan itu milik Allah seluruhnya. Maka, padaNya lah kita mencari kekuatan itu. Dan perlu kita ingat, Allah tidak akan mnguji hambaNya melebihi apa yang mampu dipikul oleh hambaNya. Jika anda merasakan ujian yang anda terima itu sangat berat, maka bersyukurlah, anda merupakan orang yang mempunyai kekuatan yang sangat tinggi, cuma kekuatan itu harus dibina tanpa mengalah.
![]() |
| God knows I'm tough enough [GAMBAR] |
Akhir kata, carilah kekuatanmu dengan mencari Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar dan terus berusaha mengubah diri untuk menjadi hamba yang mendapat redha Allah. InsyaAllah.
Ma'assalamah.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan