Kau pergi jua.



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hiatus. Lagi. Baru dua minggu. Lagipun tak ada yang rindu. Kan?

Bagaimanakah Ramadhan anda semua? Saya harap agar Ramadhan kali ini memberi makna yang mendalam buat anda semua.

Bagi saya, Ramadhan kali ini melakar sejarah tersendiri untuk saya. Bukan kali pertama berpuasa jauh dari keluarga, malah tahun ini merupakan tahun pertama setelah 3 tahun tidak berpuasa bersama ahli keluarga. Namun terdapat beberapa momen yang tidak dapat saya lupakan sepanjang menyambut Ramadhan pada tahun ini.

Tahukah anda, sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ini, kita perlu membuat checklist untuk memastikan yang kita mendapat keberkatan bulan yang dimuliakan Allah dengan malam seribu bulan, Lailatul Qadr.


Comelnyeee [GAMBAR]

Pernahkah anda mendengar atau membaca sebuah hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mafhumnya


Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Al-Bukhari)
Allah, keji benar perkataan celaka itu. Sungguh saya tak mahu dicelakakan oleh manusia, apatah lagi oleh para malaikat dan yang lebih saya tak mahu dicelakakan oleh Allah!

Maka akhawat ikhwah yang dimuliakan oleh Allah, saya menyeru anda semua untuk recheck semula segala perkara yang kita lakukan sepanjang bulan mulia ini.

Nak menulis panjang tapi tak ada idea. Cukuplah kata-kata pendek dari saya.

Owh. Dah alang-alang menulis ni saya nak ucapkan


Dah ramai yang balik kampung :( [GAMBAR]

Saya mohon maaf andai ada perbuatan atau penulisan saya yang mengguris hati pembaca blog ini sepanjang saya menulis. Saya juga berharap agar anda semua dikurniakan ibadah maqbulah oleh Allah dan terus istiqamah dalam menyediakan bekalan untuk kembali kepada Allah.

Kepada anda yang bermusafir, saya berharap agar anda mendoakan saya dan sahabat-sahabat agar semua kami berjaya naik tahun untuk tahun depan. Semoga Allah memaqbulkan doa kita semua insyaAllah. Salam aidilfitri, semoga kita semua gembira di hari raya nanti! *dalam hati sdang menangis kerana beraya di perantauan :'( *

Maassalamah.

like la like la :D

1 ulasan:

shafiqabdshukor berkata...

dan yang penting... jangan jadi hamba ramadhan..
istiqamah lakukan ibadah..
semoga ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas, semoga hari ni lebih baik dr semalam, dan esok akan lebih baik dari hari ini..