Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pertama dan selama-lamanya marilah kita mengucapkan setingi kesyukuran ke hadrat Allah kerana masih mengurniakan nikmat hidup dalam Islam dan iman. Tanpa kedua ini, jadilah kita antara yang rugi kerana syurga hanya dijanjikan buat mereka yang beriman hanya kepada Allah.
Seterusnya, marilah kita bersyukur atas nikmat mempunyai ibu dan ayah yang sentiasa berada di sisi kita. Walaupun kadang-kadang mereka sibuk bekerja, tetapi doa mereka sentiasa mengiringi kita. Kalau Allah tak jadikan mereka, tak lahirlah kita dekat bumi ni. Bersyukurlah kerana ada yang tidak kenal siapa ibu dan ayahnya. Bersyukurlah kerana ada anak yang didera, malah dibuang ibu ayahnya. Sebab itu Allah menyuruh kita menghormati ibu dan ayah kita seperti yang tercatit dalam beberapa ayat dalam alquran dan dalam beberapa hadis Rasulullah sendiri.
Why so serius Mira?
Panjang pula muqaddimah.
Baiklah. Sebelum saya terlanjur kata, izinkan saya mengemukakan beberapa amaran sebelm anda terus membaca catatan saya.
1) Apa yang saya bakal catatkan adalah berdasarkan pemerhatian, pengamatan, pengalaman, pendengaran, bacaan serta pendapat saya dan tidak semestinya fakta.
2) Mungkin ada part yang boleh mengguris mana-mana pihak. Tapi tiadalah niat saya untuk mengenakan mana-mana pihak. Saya mohon maaf andai mana-mana tulisan saya ini yang mengguris hati anda.
Ok Mira.Recheck niat and GO!
Beberapa bulan yang lepas, saya telah menghadirkan diri ke sebuah seminar tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anak) . Tapi saya sempat cover bab 1 sahaja iaitu memilih ibu dan bapa atau bahasa mudah memilih calon isteri/suami
Oleh kerana rasa belum cukup, maka saya teruskan pembacaan ke bab seterusnya, dan memerhati dunia sekeliling saya, mendengar ceramah, join usrah online dan sebagainya.
Awak baru umur 20. Dah gatal sangat ke nak kahwin?
Saya bukan baru umur 20. Saya dah umur 20. Which means, sepatutnya saya dah boleh berfikir secara matang walaupun kadang-kadang acting macam kanak-kanak sedikit.
Berusia 20 tahun, takkan lari perasaan ingin dimiliki dan memiliki itu. Jangan tuding jari pada sesiapa. Lihat dalam hati sendiri. Tanya diri sendiri. Jawab sendiri.
Tapi, saya sedar, untuk menggalas tanggungjawab menjadi seorang isteri dan ibu, saya perlu ada ilmu. Ilmu agama, dalam masa yang sama balance denga ilmu dunia.
Saya pernah bertanya kepada seorang ustazah, salah ke saya rasa macam ni. Dia hanya senyum dan jawab, itu normal. Tapi kena salurkan dengan cara yang betul. Tambah lah ilmu supaya menjadi isteri dan ibu yang baik. Kita bukan nak sekadar nak seronok-seronok di dunia, niatkanlah bait muslim yang dibina itu adalah untuk membina kembali empayar Islam yang jatuh dahulu.
Niat itu penting
Ustazah itu terus menambah, tahu tak kenapa Assyahid Imam Hassan AlBanna menubuhkan usrah? Saya geleng. Ustazah menyambung, Imam Hassan AlBanna menubuhkan usrah salah satunya kerana kepincangan sistem kekeluargaan yang gagal mendidik anak-anak untuk menjadi seorang Muslim yang tulen. Saya terdiam, terkejut.
Ustazah cakap, bertuah enti dapat usrah, InsyaAllah entilah yang bakal melahirkan pejuang Islam yang bakal menaikkan agama Allah. Saya senyum sambil hati mengaminkan doa ustazah. Ustazah menyambung, bila nak berkahwin, rancanglah strategi yang baik, fikirkanlah masa depan anak yang bakal lahir dari hasil perkahwinan kita. Salah satu cara mendidik anak adalah dengan mendidik ibu dan ayahnya sebelum kahwin.
Enti masih ingat maratib amal yang pernah kita bincang? Saya mengangguk dan memberitahu 7 maratib amal itu kepada ustazah. Individu Muslim, Bait Muslim, Masyarakat muslim, Kerajaan Islam, Negara Islam, Khilafah Islamiyah dan seterusnya world order atau ustaziyatul alam. Ustazah menyambung, nah, dalam maratib amal ni, dah jelas bukan kenapa penubuhan bait muslim itu penting, Maka inilah yang sepatutnya menjadi niat kita sebelum mendirikann rumah tangga lagi iaitu mencapai world order yang kini dimiliki oleh Amerika dan sekutunya.
Ibu Ayah Anak-anak Masa Kini
Melalui pengamatan saya terhadap sekeliling saya, segelintir ibu bapa masa kini lebih senang membiarkan anak-anak mencari sendiri hala tuju hidup sendiri tanpa bimbingan yang betul.
Eh mira ni, bebas salah, kongkong salah. Habis tu nak buat macam mana?
Mudah, sentiasa bersederhana dalam apa sahaja urusan.
Given the fact that anak-anak masa kini sangat advance dalam teknologi dan sebagainya, maka ibu bapa perlu berusaha dengan lebih giat untuk memastikan anak-anak sentiasa berada dalam track yang betul. TETAPI, perlu diingatkan, anak-anak zaman sekarang bukanlah seperti anak-anak zaman dahulu. Anak-anak zaman sekarang lebih terdedah kepada jahiliyah moden yang semakin menular dalam kalagan anak muda masa kini. Maka, ibu bapa perlu mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah ini.
First ting first, back to basic, ibu dan ayah perlu faham Islam itu sendiri. Sebab itu, sebelum kahwin kena ada basic ilmu agama. Perkahwinan itu bukanlah semata-mata menambah biak umat Muhammad. Ia lebih dari itu. Fine kalau umat Rasulullah bertambah tapi kalau yang bertambah itu rosak tiadalah gunanya. Makanya, alQuran dan tafsir serta sunnah rasulullah perlu tersemat kemas dalam dada. Ibu bapa merupakan pembimbing buat anak-anak. Maka, ilmu perlulah lebih banyak dari anak-anak.
Secondly, anggaplah anak-anak itu sebagai sahabat supaya anak-anak lebih open untuk berbincang tentang apa sahaja. Sekali lagi, ilmu memainkan peranan penting selain emosi. Selamilah sedalamnya cara remaja zaman sekarang berfikir. Zaman ibu ayah dahulu sangat berbeza dengan zaman sekarang. Cabaran ibu ayah dahulu berbeza dengan cabaran zaman sekarang. Ambil kira semua itu sebelum memberi pendapat. bukan memanjakan, tetapi untuk menenagkan jiwa muda yang sentiasa bergelora, 200% ketenangan perlu diaplikasikan untuk kita menyelesaikan apa sahaja kekusutan yang dialami oleh anak muda.
Seterusnya, kenali dengan siapa mereka bersahabat. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Sebab kadang-kadang anak-anak ni, bila dengan kawan sebaya perangainya lain, di rumah perangainya lain. Dengan klik ni perangainya lain. Jadi, dengan mengikuti perkembangan anak-anak melalui sahabat, dan melihat perangai sahabat itu sendiri, maka lebih mudah untuk menyusun strategi bagaimana hendak membentuk logam dalam diri mereka supaya menjadi yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.
Yang terakhir, ibu bapa perlulah mendidik rasa sabar dan membuka hati seluasnya untuk menerima apa sahaja dugaan dan cabaran yang diberikan oleh Allah dalam mendidik anak-anak. Dalam setiap kesusahan, ada nikmat yang ingin Allah berikan. Itulah seni Allah dalam mengasihi tiap hambaNya.
Tak ada istilah terlambat
Catatan ini lebih kepada muhasabah buat mereka yang baru nak mengorak langkah untuk membina bait muslim dan mereka yang ingin memulakan keluarga yang berisikan suami, isteri dan anak. Mungkin dah boleh mula buat checklist apa yang kurang, apa yang perlu dipertingkatkan, atau apa yang sudah selesai!
Ia juga merupakan muhasabah buat ibu bapa di luar sana, adakah sudah sempurna tugas sebagai ibu bapa. Saya tak berniat menemplak mana-mana ibu bapa di luar sana. Anda lebih banyak makan garam daripada saya. Cuma kadang-kadang, kita terlupa dan terleka. Dan sebagai seorang Muslimah, saya cuma mengingatkan agar kita kembali ke jalan yang lurus. Itulah kemanisan ukhuwah islamiyah, ada give and take gitu.
Alangkah indah apabila setiap ahli keluarga itu sama-sama melangkah ke syurga beriringan tangan! Syurga itu mahal, harganya adalah amal, walaupun sekcil-kecil amal. Syurga itu perlu usaha, semasa di dunialah kita berkerja sedaya upaya, agar kelak di akhirat kita mampu berehat bersenang lenang dengan damainya.
Semoga tulisan saya kali ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan juga buat kita semua. Saya mohon ampun dan maaf andai ada kata-kata saya telah menghiris hati anda. Semoga Allah terus membuka hati kita untuk menerima hidayah dan kebaikan,
Akhir kata, renunglah kata-kata yang saya petik daripada penulis muda, Akh Hilal Asyraf dalam satu artikelnya,
Ma'assalamah
like la like la :D

Sabda Rasulullah s.a.w
“Sebaik-baik perkara ialah pertengahannya.”

"Tidak boleh dipisahkan kedua-dua golongan mereka(orang Tua dan Muda)mereka mempunyai kekuatan masing-masing. Orang Islam memerlukan kekuatan yang ada. Oleh sebab itu seorang muda lebih kuat jika dia mempunyai Semangat dan Hikmah orang Tua Dan seorang Tua dalam Islam yang mempunyai hikmah masih kuat jika ia mempunyai semangat seorang muda"
Ma'assalamah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan