Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi waarakatuh
Keadaan semasa Gaza, Palestine
Jam 2.30 petang waktu Malaysia , 17/11/2012 , direkodkan seramai 31 org telah syahid dan 290 telah dilaporkan cedera.
(update terbaru,46 disahkan syahid)
(update terbaru 12 30am waktu malaysia 6.30 ptg waktu tempatan 19/11 65 disahkan syahid)
(update terbaru 6 21 am waktu tmptn 19/11 82 disahkan syahid,lebih 700 cedera)
Apa kaitan kita dengan penduduk palestin?
Seperti yang kita semua maklum, masjid al-aqsa yang merupakan kiblat pertama umat islam terletak di palestin. Di saat ini, masjid al-aqsa bukan terisi dengan umat islam yang solat, yang menuntut ilmu, ttapi berada dalam tangn Israel la'natullah!
Sesungguhnya setiap dari kita telah diamanahkan untuk menjaga kesucian agama Islam ini termasuklah menjaga kesucian rumah ibadah. Lebih-lebih lagi Baitul Maqdis dan kawasan sekelilingnya telah Allah berkati.
Maha suci Allah,yang teah menjalankan hambaNya(Rasulullah S.A.W) pada malam hari dari masjidil haram ke masjidil aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agr Kami perlihatkan keadanya sebahagin tanda-tanda kebesaran kami. Sungguh Dia maha mendengar,maha melihat. (Al-Isra' : 1)
Dan itulah yang sedang dilakukan oleh rakyat palestin saat ini. mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mmpertahankan tanah suci UMAT ISLAM.
Tetapi,apakah sumbangan kita dalam mempertahankan agama Islam yang kian dipijak-pijak saban hari? Tegarkah kita mendengar umat Islam dihina di caci, dipanggil pengganas, dan macam-macam lagi tuduhan liar yang dilemparkan terhadap umat Islam. Adakah kita ini terlalu sibuk dan leka sehinnga terlupa yang kita juga sebahagian dri umat Islam yang dihina itu?
Ini peranan kita!
Sabda Rasulullah S.A.W : Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara Muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dn kehormatannya dicela melainkan Allah akan membiarannya ketika diam memerlukan pertolongan (riwayat Abu Daud)
Sebagai saudara Islam,adalah wajib bagi kita untuk membantu saudara Islam yang ditindas oleh pihak yang tak bertanggungjawab.
Nak berperang tak mampu. Nak bermain senjata tak mampu. Tapi saya yakin setiap antara kita pasti mampu untuk menghulurkn sekurng-kurangnya sekeping wang satu ringgit untuk membantu saudara kita sedng dizalimi oleh bukan sekadar israel malah US juga.
Selain itu kita juga boleh berdoa dan solat hajat serta mbaca qunut nazilah di setiap waktu lapang kita.
Kemudian, kita juga sepatutnya memboikot barangan barangan atau syarikat yang memberi sumbangan kepada israel dan amerika. dengan ini sumber kewangan mereka akan jatuh. Senarai boikot boleh didapati di www.inminds.com
Apalah gunanya klau kita berdoa dan bertawakal tanpa berjihad (berusaha) sekerasnya. Allah memandang usaha dan doa kita. Natijahnya, tidak perlu difikirkan kerana apa pun yang terjadi itulah yang terbaik. Dan kita perlulah berusaha untuk mengubah nasib kita.
Penutup
Sebagai orang yang mengaku dirinya Muslim yang beriman, kita perlu sentiasa mengambil cakna isu ummah seperti isu palestin ini. Isu ini bukan isu bermusim malah telah menjadi isu besar semenjak zaman Umar al-khatab lagi. Palestin adalah milik umat islam satu ketika dahulu kerana kesungguhan dan kesedaran umat islam terdahulu dan kini jatuh ke tangan zionis keran kelalaian umat islam dalm mempertahnkan bumi barakah tersebut.
Janganlh berasa ragu-ragu untuk menyumbang doa mahupun sedikit dari harta kita dan juga "concern" kita buat palestin tercinta kerana Allah menyebut dalam surah alHujarat ayat ke 15
Sesungguhnya orang-orang mu'min yang sebnarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dn RasulNya. Kemudian mereka tidak ragu ragu dan berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.
Diharap setelah anda membaca coretn ini,hati and terbuka untuk sama-sama berjihad dmi mempertahankn bumi palestin yng sepatutnya menjadi milik umat Islam.
Mohon sebarkan.
Maassalamah
like la like la :D




1 ulasan:
Ya Allah,Permudahkanlah segala urusan saudara kami di palastine.Ya Allah lepaskanlah mereka dari cengkaman israel.Amin Ya Rabbal Alamin.
Hi awak,mohon share link blog awak eh.
Catat Ulasan