4 Fitnah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Eh eh, dah hari Jumaat? Rasa cepat je. Rasa macam baru semalam pergi Cairo. Dah seminggu rupanya. Ini bermakna tinggal lagi 3 minggu nak masuk dewan peperiksaan akhir tahun!

Photobucket
Cuakcuakcuak XD [GAMBAR]


Semua kita tahu kan yang hari jumaat ini merupakan sayyidul ayyam ataupun penghulu segala hari. Sesungguhnya Allah telah meletakkan banyak kelebihan dalam hari jumaat ini.

Antara kelebihan tersebut adalah membaca surah Al-Kahfi.

Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  (HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani

Subhanallah, besar juga ganjaran mengenai surah kahfi ini. Tahukah anda, ada kelebihan lain?

hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.Dan pada lafadz Nasai menyatakan:“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” 

Allahu rabbi Allahu rabbi, bukanlah mudah untuk kita lepasi fitnah al-masih ad-dajjal ini. Dikatakan dajjal ini sangatlah convincing sehinggakan orang yang tidak kuat imannya boleh tersalah pilih neraka yang dikatakan syurga oleh dajjal. *Biodata Al masih Addajjal.*

Di dalam alQuran, tidak disebut nama dajjal ini, namun ada beberapa karakter yang diceritakan dan diperkukuh lagi dengan hadith Rasulullah*selawat dan salam ke atas baginda*.

Tidakkah anda semua terfikir, apakah yang telah membuatkan Rasullullah bersabda dalam hadithnya bahawa sekiranya kita menghafal 10 ayat awal dan akhir surah Kahfi, insyaAllah kita akan terselamat dari fitnah ad-dajjal ini?

Mengapa*echoed*?[GAMBAR]
Sebelum itu, jom kita berkenalan dengan surah Al-Kahfi ini.

Surah ini terdiri daripada 110 ayat. Ia merupakan surah ke 18 dan merupakan surah makkiyah. Banyak pengajaran dan kisah yang Allah ceritakan dalam surah ini. Antaranya ialah, kisah pemuda kahfi, kisah dua orang sahabat dan kebun mereka, kisah nabi Musa menuntut ilmu dengan Khidir dan kisah Dzulqarnain dengan ya'juj dan ma'juj.

Baiklah, mari jawab persoalan 'apakah yang telah membuatkan Rasullullah bersabda dalam hadithnya bahawa sekiranya kita menghafal 10 ayat awal dan akhir surah Kahfi, insyaAllah kita akan terselamat dari fitnah ad-dajjal?'

Untuk pengetahuan awak, awak dan awak semua, dalam surah Al-kahfi ini sendiri, terdapat beberapa jenis fitnah yang dibawa oleh dajjal itu sendiri. Tak percaya? Jom kita bedah surah ini!

Kisah 1 : Ashabul Kahfi - Fitnah Agama @Fitnatuddeen

Mesti ramai yang tahu tentang kisah ashabul kahfi ni kan? Kisah mereka diabadikan dalam surah Kahfi dari ayat 10 hingga ayat 26.

Cerita bermula di sebuah negeri di mana rajanya tidak pernah ditimpa sebarang penyakitpun. Oleh itu, dia merasa bahawa dirinya adalah tuhan. Suatu hari, dia memanggil rakyatnya dan mengatakan barang siapa yang taat dan patuh kepadanya maka akan diberi ganjaran tetapi sesiapa yang tak mahu taat kepadanya dan menolak kemahuaannya akan dibunuh. Maka semua orang terpaksa menurut segala perintahnya. Raja ini mempunyai 6 orang pembantu, Tamlikha, Miksalmina, dan Mikhaslimina, Martelius, Casitius dan Sidemius. Raja sering berbincang mengenai pelbagai hal dengan mereka.


Suatu hari semasa ulang tahun kelahiran raja tersebut, seorang hulubalang masuk menghadap raja dan memberitahu ada bala tentera yang ingin menyerang negeri tersebut. Raja tersebut berasa sangat bingung hingga terjatuh mahkota yang sedang dikenakan di atas kepalanya.


Tamilkha merupakan pembantu yang sangat bijak orangnya. Melihat keadaan raja tersebut, dia pun berfikir, kalau benar raja itu tuhan seperti yang diakuinya, pasti dia tidak akan bersifat seperti manusia biasa kerana tuhan itu maha sempurna.


Sahabat-sahabat yang berlima itu perasan akan perubahan sikap Tamilkha. dan bertanya kepada Tamilkha akan apa yang dirunsingkannya. Dia pun menceritakan apa yang dirasai nya. Rupa-rupanya, sahabat-sahabatnya yang lain turut merasakan apa yang dirasainya tentang keraguannya terhadap pengakuan raja tersebut sebagai tuhan.


Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan negeri tersebut. Di pertengahan jalan, mereka bertemu dengan pengembala kambing yang merasai apa yang mereka rasakan. Dia lalu mengambil anjing miliknya dan mengikut enam sahabat itu.


Mereka meneruskan perjalanan dan terjumpa sebuah gua. Kerana letih, mereka pun masuk ke dalam gua tersebut. Dengan takdir Allah, Allah menidurkan mereka selama 309 tahun.


Kisah penuh boleh dibaca di sini.

Mengapa dikatakan kisah ini terdapat fitnah agama?

Pertama sekali, apakah yang kita faham dengan maksud FITNAH itu sendiri.

Menurut Kamus Dewan, fitnah adalah tuduhan, berita atau kisah yang ditiupkan/dihembuskan/dimunculkan atau diedarkan untuk menjelekkan seseorang.

Amboi, serius betul entri kali ini kan sampai ambik definisi kamus dewan.Hihihi.

Bukan apa, sebab nak cerita dari kisah alQuran, evidens kena mantap, baru tak terpesong dan boleh faham sebenar-benarnya apa yang terjadi.

Baiklah, kenapa dikatakan agama menjadi FITNAH kepada ahli kahfi ini?

Maksud Fitnah sendiri ialah khabar yang dimunculkan untuk menjelekkan seseorang.

Cuba bayangkan, anda ada orang - orang yang anda sayang di kampung. Tetapi kerana tuntutan agama, anda terpaksa meninggalkan mereka terus. Tidakkah itu jelek?

Begitulah agama telah menjadi fitnah buat mereka.

Dan fitnah ini tak semestinya buruk kesannya buat orang yang difitnah.

Tak faham?

Macam ni. Katakan anda difitnah dengan sesuatu yang anda tak suka. Memang, akibat buruknya, anda dikeji, dihina dan sebagainya. Tapi, lihat pada sisi cerah, anda menjadi semakin kuat, anda kenal mana kawan mana lawan, walaupun terpaksa menempuh kesakitan.

Begitu juga dengan ashabul kahfi. Kesedaran bahawa adanya tuhan menyebabkan mereka meninggalkan negeri tersebut. Mereka kehilangan kerja, diseksa dengan ditimbus dengan batu ketika tidur dalam gua, tapi Allah memelihara mereka, kerana kesedaran mereka untuk mencari hidayah. Bukan sebarang orang Allah kisahkan dalam alQuran.

Dan ingatlah, dajjal akan menggunakan agama untuk menarik kita bersamanya. Dajjal akan mengaku dialah tuhan dan menunjukkan syurga dan neraka. Kita dah tahu taktik dajjal, carilah jalan agar kita terlindung dari fitnahnya!


Kisah 2 : Kisah dua orang sahabat dan kebun mereka - Fitnah Harta @ Fitnatul Mal

Kisah ini tercatat dalam ayat 32 hingga ayat 42. Ianya menceritakan dua orang sahabat yang mempunyai kebun. Seorang nya kafir dan seorang lagi mukmin. Ayat 34 hingga 36 menceritakan tentang keangkuhan pekebun kafir itu terhadap hartanya yang melimpah ruah.


Dalam ayat 37 hingga 41, kawannya yang mu'min itu menegur perbuatannya dan mengingatkannya untuk bersyukur dengan nikmat Allah. Dalam ayat 41, akhirnya Allah membinasakan kebunnya dan pekebun kafir itu menyesal akan perbuatannya.

Kisah yang pendek tetapi punya ibrah yang padu.

Dalam surah Kahfi ayat 46, Allah berfirman

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Dajjal juga akan memfitnah kita dengan harta yang banyak.

Apakah kita mampu tegar diuji dengan harta?

Manusia ini punya hawa nafsu. Apalah guna punya harta yang melimpah ruah, tetapi harta itu tidak digunakan kejalan Allah. Bak firman Allah dalam beberapa ayatNya,

Dan sedikit dari kamu yang bersyukur.

Tak salah mencari harta. Malahan dituntut mencari harta itu sebagai ibadah. Namun, bila mencari harta dunia menjadi agenda hidup di muka bumi tanpa hirau untuk meningkatkan ibadah, tidakkah harta itu sebenarnya perkara yang dimunculkan untuk menjelekkan kita di akhirat nanti sekaligus memberitahu kita bahawa harta adalah antara fitnah yang besar buat manusia.

Kacccciiinnnggg![GAMBAR]

Kisah 3 : Kisah Nabi Musa alaihissalam mencari ilmu - Fitnah Ilmu @ Fitnatul 'Ilmu


Kisah Nabi Musa menuntut ilmu dengan Khidir (tidak dapat dipastikan sama ada beliau adalah nabi ataupun hamba Allah) telah diceritakan Allah dalam ayat ke 60 hingga ayat ke 82. Kisah ini juga terdapat dalam sebuah hadis Rasulullah.

Suatu hari, Nabi Musa berdiri di khalayak Bani Israel lalu baginda ditanya, "Siapakah yang paling berilmu?" Nabi musa menjawab "Aku."

Nabi tidak menjawab dengan sombong. Cuma wajarlah baginda merasakan demikian, kerana salah satu sifat wajib seorang rasul ialah Fatonah, ataupun bijak pandai.

Namun, akhirnya Allah menegur baginda dengan firmanNya,

 “Sesungguhnya di sisiKu ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua buah lautan dan sesungguhnya dia lebih berilmu daripada kamu.”

Lantas Nabi Musa pun bertanya, “Wahai Tuhanku, dimanakah aku dapat menemuinya?” Allah pun berfirman, “Bawalah bersama-sama kamu seekor ikan di dalam sangkar dan sekiranya ikan tersebut hilang, di situlah kamu akan bertemu dengan hambaKu itu.”


Nabi Musa sangat teruja dan membawa muridnya yang bernama Yusya' bin Nun. Mereka pun berjalan sampailah ke pertemuan dua laut. Mereka pun duduk berehat di situ. Ditakdirkan oleh Allah, ikan yang dibawa tadi melompat dan masuk ke dalam laut.


Setelah beberapa ketika, mereka meneruskan perjalanan. Di pertengahan jalan, baginda menyuruh Yusya' mengeluarkan ikan itu. Yusya' lupa untuk memberitahu yang ikan mereka telah hilang semasa mereka berehat. Mereka pun berpatah balik ke tempat ikan itu hilang. Lalu bertemulah mereka dengan Khidir.

Nabi Musa meminta izin untuk belajar dengan Khidir. Pada mulanya, Khidir memberi amaran bahawa Nabi Musa sekali-kali tidak akan dapat bersabar dengannya. Namun, Nabi Musa berkata mana mungkin kamu akan dapat bersabar terhadap sesuatu yang belum diketahui dan memberi jaminan bahawa dia akan bersabar sepanjang perjalanannya dengan Khidir. Khidir pun berkata, jika nabi Musa ingin menuntut ilmu dengannya, baginda dilarang bertanyakan sebarang soalan kepadanya.


Lalu, berjalanlah mereka berdua dan akhirnya mereka meniki sebuah perahu. Khidir membocorkan perahu  tersebut. Nabi Musa marah dan mempersoalkan tindakan Khidir. Khidir pun mengulang amarannya. Nabi Musa meminta peluang kedua.


Mereka pun meneruskan perjalanan mereka sehingga mereka menemukan seorang budak. Khidir lalu membunuh kanak-kanak tersebut. Sekali lagi dengan rasa terkejut, Nabi Musa dengan rasa marah menyoal tindakannya. Khidir mengulangi amarannya kepada Nabi Musa. Kini, nabi Musa berkata seandainya dia masih mempersoalkan tindakan Khidir, baginda mohon Khidir untuk tidak membenarkannya menyertainya lagi.


Mereka terus berjalan hingga sampai di sebuah kampung. Mereka meminta bantuan berupa makanan tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberikan bantuan. Nabi Musa berasa sangat kecewa dengan penduduk kampung tersebut.  Tiba-tiba, Khidir memanggil Nabi Musa untuk membantunya. Khidir ingin membaiki sebuah rumah yang sudah rosak dindingnya. Setelah siap, Nabi Musa berkata bahawa Khidir sepatutnya meminta upah kalau dia mahu.


Akhirnya, Khidir pun berpisah dengan Nabi Musa. Namun sebelum berpisah, Khidir menceritakan sebab-sebab setiap perkara yang dia lakukan sepanjang bersama Nabi Musa.


Khidir membocorkan perahu tersebut yang merupakan kepunyaan orang miskin kerana ada raja yang ingin merampas perahu tersebut (18:79)


Khidir membunuh anak muda itu kerana kedua orang tuanya seorang mu'min dan dikhuatiri anak tersebut akan membawa ibu ayahnya ke jalan yang sesat. Dan Allah ingin menggantikan mereka dengan anak yang lebih baik(18 : 80 - 81)


Khidir membaiki dinding rumah orang kampung yang sombong itu kerana rumah tersebut dimiliki oleh dua beradik yatim. Di bawah rumah tersebut terdapat simpanan harta yang ditinggalkan oleh ayah mereka. Ayah mereka merupakan seorang yang soleh. Allah menghendaki mereka untuk memiliki harta tersebut apabila mereka dewasa kelak.


Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Khidir bukanlah mengikut kemahuannya. Semuanya merupakan ilmu yang Allah berikan buatnya.


*****************************************************

Fitnah Ilmu? Bagaimana ilmu mampu menjadi fitnah buat kita?

Mudah. Allah beri kita kepandaian, kita sombong dan bongkak, itulah tanda ilmu itu telah menjadi fitnah buat kita.

Begitulah dajjal akan memfitnah kita. Dia menjanjikan kita pelbagai ilmu agar kita akan mengikutnya. Wa na'udzubillahi min zalik.


Kisah 4 : Kisah Dzulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj - Fitnah Kuasa @ Fitnatussultoh

Ayat 83 hingga 98 menceritakan tentang kisah Dzulkarnain dengan Ya'juj dan ma'juj


Siapakah Dzulkarnanin ini?

Dzulkaranain merupakan seorang raja soleh yang diberi oleh Allah kekuasaan di bumi yang meliputi timur dan barat. Semua manusia dan penguasa negara tunduk atas kekuasaanya, namun dia tetap taat kepada perintah Allah.

Suatu Hari Dzulkarnanin berjalan hingga ke beberapa tempat dan terjumpa dengan beberapa kaum yang tidak beriman. Allah memberi pilihan kepadanya untuk menyiksa atau berbuat baik kepada mereka.Dzulkarnain, sebagai raja yang soleh, berlaku adil kepada semua mereka. Sesiapa yang tidak beriman diazab, dan yang beriman tidak disuruh melakukan perintah yang berat-berat untuk memudahkan mereka.

Sampai satu masa, Dzulkarnain sampai ke sebuah perkampungan. Penduduk kampung mengadu bahawa ada mahkluk yang memakan tanaman mereka dan melakukan kerosakan terhadap kampung tersebut. Makhluk tersebut ialah Ya'juj dan Ma'juj.

Penduduk kampung tersebut meminta bantuan Dzulkarnain untuk menghalang kemaraan makhluk ganas itu. Lalu, Dzulkarnain pun membuat sebuah tembok antara dua gunung dan berjaya menghalang Ya'juj dan Ma'juj dari terus menyerang.

Namun, Dzulkarnain turut memberi amaran yang satu hari nanti tembok itu akan runtuh dan Ya'juj dan Ma'juj akan keluar semula. Dan itu merupakan tanda-tanda besar kiamat.
******************************************************

Ya Allah, lihat sekarang, fitnah kuasa itu telah berleluasa bukan? Lihat saja di tanah Arab, kebangkitan menentang pemimpin di sana sini. Masakan tidak, pemimpin bersifat kuku besi dalam memimpin, mengamalkan rasuah, membunuh rakyat, memakan harta rakyat.

Dajjal juga akan menyuap kita dengan kuasa. Dia menjanjikan kita kuasa tetapi kalau mahukan kuasa, perludahulu untuk kita menjadi sekutunya. Naudzubillah.


Fuh, panjang kisah hari ini. Boleh buat buku kan? huhu. Itu pun sudah dipendekkan sehabis mungkin. Nak katanya, betapa hebatnya fitnah yang boleh dibawa dajjal nanti. Dan tak dapat dinafikan, fitnah-fitnah yang disebutkan melalui kisah di atas telah pun menunjukkan taring.

Sudah cukup bersediakah kita untuk menghadapi hakikat kehidupan di dunia yang memang kejam ini? Itu pun kita masih mampu lalai dan leka tengok 7 Petala Cinta daripada baca surah Kahfi, *yes I'm talking to you girls!*sibuk baca majalah Wisel daripada baca Kahfi *yes I'm talking to you guys!* Tak salah pun tapi kalau sampai obses kan bahaya! Takut kita tak cukup persediaan untuk menghadapi fitnah dunia ini. Naudzubillah.

Jadi ibu ayah, kawan-kawan, adik-adik, pakcik makcik, jangan lah kita tinggal surah Al-Kahfi ini. Banyak kelebihannya. InsyaAllah boleh menjadi pendinding daripada fitnah Dajjal.
Allah kan tak mungkin janji!

hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال


‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , 
‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”



Maassalamah :)
like la like la :D

Tiada ulasan: