Bismillahirrahmaniirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Uhuk uhuk uhuk uhuk . Allah. Terbatuk-batuk bila masuk blog. Berhabuk, bersawang, ber dan ber lagi lah. Alasan biasa *lagi*, sibuk dengan tugas seharian sebagai seorangsurirumah berjayapelajar menghalang diri ini untuk bergiat cergas di arena penulisan. Hasilnya, sebulan sekali je sempat nak menulis dengan riang ria *tak berapa nak riang*. Sekarang pun mencuri waktu sebelum tidur yang sebenarnya dah sangat lewat. Tapi memandang kepada draf yang berlambak dalam kotak draf itu, niat untuk menangguh ceita dibantutkan. Lalu terhasil lah karya agung ini --"
Sila abaikan intro yang meroyan itu. Lets get serious! Tadi gebang sangat nak bagi tips berjaya dalam MLM. Mana? Mana?
Kata sibuk. Sempat lagi ber MLM bagai?
*KRIK KRIK KRIK*
Baiklah, di sini, saya nak terangkan roughly apakah MLM itu.
Betapa baiknya Allah! Baru niat nak buat kebaikan, dah dapat satu pahala. Bila buat, dapat 10 pahala dan digandakan 700 lipat kali ganda! Subhanallah!
Dan cuba bayangkan, kita niat nak sampaikan tentang sedikit ilmu agama kepada sahabat kita, dah satu pahala, kalau buat sungguh dapat 10 X 700, sahabat kita buat, pahala dia pn kita dapat, sahabat kita pesan lagi dekat orang, pahalanya kita dapat,sahabat kepada sahabat buat pulak kita tetap dapat untung dan lagi!dan lagi! dan lagi!
WA!PAKCIK KAYO!
Kesimpulannya, janganlah kita simpan penyaksian kita seorang diri kerana Allah akan bertanya kepada kita, adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya? Rasulullah dan para sahabat telah bertungkus lumus mengadai nyawa mereka untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita. Tapi adakah kita menghargai tiap titis darah yang mengalir itu? Kita yang celik mata sahaja sudah Islam ni lah yang sepatutnya membantu sahabat-sahabat kita untuk kembali kepada Allah. Naudzubillahi min zalik, jangan sampai Allah tak benarkan kita masuk ke syurgaNya kerana kawan kita berada di neraka, dan dia masuk ke neraka itu kerana kita tak menyampaikan Islam kepadanya.
like la like la :D
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Uhuk uhuk uhuk uhuk . Allah. Terbatuk-batuk bila masuk blog. Berhabuk, bersawang, ber dan ber lagi lah. Alasan biasa *lagi*, sibuk dengan tugas seharian sebagai seorang
Sila abaikan intro yang meroyan itu. Lets get serious! Tadi gebang sangat nak bagi tips berjaya dalam MLM. Mana? Mana?
Kata sibuk. Sempat lagi ber MLM bagai?
*KRIK KRIK KRIK*
Baiklah, di sini, saya nak terangkan roughly apakah MLM itu.
![]() |
| MLM bukan maksudnya malam ye! [GAMBAR] |
MLM atau Multi level Marketing adalah satu proses jualan langsung di mana anda sebagai sales representative, jual satu barang dekat customer, recruit orang lain untuk beli barang anda dan kemudian guna dan jual pula pada orang lain. Keuntungan yang customer anda dapat tadi, dapat juga pada anda. Begitulah seterusnya sampai beranak pinak kaki kaki yang anda pasang tu.
Tak faham?
Errr..
Macam ni. Katakan Joyah masuk MLM. Untuk Joyah mendapat keuntungan yang besar, Joyah jual barang dekat Minah. Siap pesan lagi dekat Minah, suruh orang lain jadi ahli, dan beli serta suruh orang yang beli tu jadi ahli dan jual pulak barang tu. Dan seterusnya.
Apa?
Tak faham lagi?
Ayah! Tolong!
Ayah saya adalah best person untuk explain pasal marketing dalam MLM ini. Kalau saya tolong jaga kedai ayah saya, memang tak la saya nak bercerita pasal MLM.
Memang sweet la mama dan ayah saya. Mama saya pandai bercakap pasal produk. Ayah saya pandai explain marketing.
Ops. Dah lari topik.
Jeng jeng jeng.
Sebenarnya.
Yang saya nak cerita adalah tentang MLM kita untuk menuju kejayaan hakiki di akhirat nanti.
Alkisah, alhamdulillah, Allah mengizinan saya untuk menghadirkan diri ke sebuah daurah yang diberi nama Shahadatul Haq :- Penyaksian Terhadap Kebenaran. Shahadatul Haq ini adalah salah satu syaharan daripada Abul Ala al maududi, seorang Muslim revivalist dari India. *BIODATA* Dan saya amat tertarik kepada salah satu topik yang dibincangkan yaitu adakah rakan-rakan ataupun masyarakat disekeliling kita mampu menjadi hujah buat kita di akhirat kelak.
Nampak tak bunga-bunga bahasa di situ?
Macam ni. Kita, seluruh umat Islam adalah hujah buat Rasulullah *Selawat dan salam ke atas baginda, keluarga dan pasara sahabat* apabila Allah tanya kepada baginda adakah baginda dah jalankan amanah menyampaikan Islam kepada umat baginda.
Rasulullah akan jawab ye, dan buktinya, kita umat Islam sendiri sebagai bukti yang Rasulullah dah jalankan amanah Allah untuk menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Secara mudahnya hujah ni samalah dengan bukti.

| Adakah sahabat-sahabat kita mampu jadi hujah buat kita?[GAMBAR] |
Bayangkan. Allah tanya kita.
Allah : Wahai si fulan/fulanah bin/binti si fulan, sudahkah kau menjalankan taggungjawab mu untuk menyampaikan agamaKu kepada orang lain?Fulan/ Fulanah : Sudah ya Allah.Allah : Apakah yang dapat menjadi hujah untuk membuktikan kesaksianmu ini.Fulan/fulanah : Orang disekeliling aku ya AllahOrang sekeliling : Kami tak pernah dengar dakwahnya ya Allah! Kami tak pernah mendapat apa-apa darinya!
Ya Allah. Takut kan? Kita tuntut ilmu sebanyak-banyaknya. Kita masuk usrah. Kita pergi daurah. Kita bersaksi 'Tiada tuhan selain Allah, Muhammad pesuruh Allah'. Tapi, mana bukti atas kesaksian kita itu. Adakah ilmu agama yang telah kita ambil itu hanya untuk amalan kita sahaja? Hei, syurga itu luas! kenapa sempitkan untuk diri sendiri. Tak seronok bukan duduk sorang-sorang untuk menghabiskan segala nikmat di syurga yang tak akan habis itu?
![]() |
| Forever alone [GAMBAR] |
Jadi, macam manakah kalau nak riang ria hari raya senantiasa di syurga dengan yang tercinta beramai-ramai?
Sesungguhnya, Islam itu sangat cantik dan tersusun indah!
Anda pernah baca hadis 37 daripada hadis 40?
Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya - Allah akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatitkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Betapa baiknya Allah! Baru niat nak buat kebaikan, dah dapat satu pahala. Bila buat, dapat 10 pahala dan digandakan 700 lipat kali ganda! Subhanallah!
Dan cuba bayangkan, kita niat nak sampaikan tentang sedikit ilmu agama kepada sahabat kita, dah satu pahala, kalau buat sungguh dapat 10 X 700, sahabat kita buat, pahala dia pn kita dapat, sahabat kita pesan lagi dekat orang, pahalanya kita dapat,sahabat kepada sahabat buat pulak kita tetap dapat untung dan lagi!dan lagi! dan lagi!
WA!PAKCIK KAYO!
![]() |
| Bayangkan networking dakwah kita sebesar ini! |
Kesimpulannya, janganlah kita simpan penyaksian kita seorang diri kerana Allah akan bertanya kepada kita, adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya? Rasulullah dan para sahabat telah bertungkus lumus mengadai nyawa mereka untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita. Tapi adakah kita menghargai tiap titis darah yang mengalir itu? Kita yang celik mata sahaja sudah Islam ni lah yang sepatutnya membantu sahabat-sahabat kita untuk kembali kepada Allah. Naudzubillahi min zalik, jangan sampai Allah tak benarkan kita masuk ke syurgaNya kerana kawan kita berada di neraka, dan dia masuk ke neraka itu kerana kita tak menyampaikan Islam kepadanya.
Akhirul kalam, JOM! tengok video ^^
Ma'aassalamah!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan