Ainul Mardhiah : Mengapa kita perlu kenal dengannya?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Macam biasa, blog ditinggalkan begitu sahaja. Saja nak buat orang rindu dan tertunggu-tunggu. Eh, ada pulak yang nak tunggu. Hehe. Tak apalah, mari kita bercerita tentang si mata jeli idaman setiap lelaki di bumi ini. Ececeh macam pantun sudah.

Mesti dah ramai kan yang dengar nasyid Ainul Mardhiah kan.


Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih Ditulis oleh Anak Pendang Sekeluarga

Siapakah Ainul Mardhiah ini?



*********************************************************************************




   Ainul Mardhiah, seindah namanya yang bermaksud mata yang diredhai. Dia merupakan bidadari syurga yang paling cantik antara semua bidadari di syurga.


   Pada suatu pagi di bulan puasa, Rasulullah seperti biasa memberi kata-kata semangat untuk berjihad di jalan Allah. Baginda memberitahu sesiapa yang syahid ketika keluar berjuang di jalan Allah *fi sabilillah* maka Allah akan mengurniakan mereka seorang bidadari yang paling cantik sekali di kalangan bidadari di syurga. Mendengar kata-kata baginda, seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari itu tetapi segan untuk bertanya Rasulullah kerana malu dengan sahabat yang lain. Tetapi pemuda tersebut tetap memberi nama untuk berjuang fi sabilillah bersama-sama sahabat lain.


   Sebagaimana sunah Rasulullah yang tidur sebelum zuhur, pemuda ini dan jemaah yang lain turut tidur bersama.


   Menariknya, ketika sedang tidur, pemuda ini bermimpi berada di sebuah tempat yang sangat indah. Pemuda ini berjumpa dengan seorang yang sangat bersih dan berseri keadaanya. Lalu pemuda ini memberi salam dan bertanya di manakah dia berada. Orang itu menjawab dia berada di syurga. Lalu pemuda ini menyampaikan hasratnya untuk bertemu Ainul Mardhiah. Lalu dia ditunjukkan ke suatu arah lalu dia bertemu dengan seorang gadis yang tersangat cantik.
   
   Pemuda itu bertanya, "Adakah engkau Ainul Mardhiah?". gadis itu menjawab, " Tidak, aku khadamnya Ainul Mardhiah. Ainul Mardhiah berada di dalam singgahsananya.


   Lalu permuda ini terus berjalan ke sebuah mahligai yang sangat indah rupanya. Dalam perjalanannya itu, pemuda itu bertemu dengan seorang lagi gadis yang berganda-ganda cantiknya dari gadis pertama tadi. Gadis itu sedang mengelap permata hiasan dalam mahligai itu. Sekali lagi pemuda itu memberi salam dan bertanya, "Adakah engkau Ainul Mardhiah?" Lalu gadis itu menjawab, "Bukan, aku hanya khadamnya Ainul Mardhiah. Ainul Mardhiah berada di atas mahligainya sana,". 


   Untuk kesekalian kalinya, pemuda itu menaiki tangga bertatah permata itu dan sampai di sebuah mahligai. Di situ, dia mendapati seorang gadis yang berganda-ganda cantiknya daripada gadis pertama dan kedua tadi. Tidak pernah terlihat di dunia. Lalu gadis itu pun berkata, "Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untukmu dan kau tercipta untukku,". Pemuda itu cuba mendekatinya namun Ainul Mardhiah berkata, "Nanti dulu, kau belum syahid lagi!


   Pemuda itu tersentak lalu terjaga. Dia menceritakan mimpi itu kepada sahabat yang lain dan meminta mereka merahsiakan mimpi itu daripada Rasulullah kecuali apabila dia syahid.


   Petang itu, pemuda tersebut dan para sahabat pergi berperang dan ditakdirkan Allah, pemuda itu syahid.


   Selepas pulang dari peperangan, mereka kemali semula ke masjid untuk menunggu waktu berbuka puasa bersama Rasulullah. Ketika itu salah seorang sahabat bangun menghampiri Rasulullah dan menceritakan mimpi pemuda tadi. Sepanjang sahabat itu bercerita, nabi menjawab benar, benar,benar.


   Akhirnya, Rasulullah berkata, "Memang benar kisah sahabat ini dan sesungguhnya pemuda itu sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga,".



*********************************************************************************


Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar. Hebat sungguh pemuda tersebut kerana dia mendapat peluang mati dalam keadaan dirinya diredhai kerana berjuang di jalan Allah untuk menegakkan syiar Islam. Betapa besarnya ganjaran yang diperolehi olehnya setelah berkorban jiwa dan raganya untuk Islam.

Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati tuhan [GAMBAR]

Mengapa saya katakan, setiap lelaki dan wanita perlu mengenali Ainul Mardhiah?


Untuk Antum bernama Rijal(lelaki)

Tidak ada seorang pun antara kita yang mahukan jodoh kita itu yang tidak solehah. Mungkin hari ini anda bersama dengan wanita yang tidak menutup aurat, wanita yang tinggal solat, anda kata anda sayang padanya, tapi anda mahu seorang wanita yang mampu menjadi ibu yang boleh mengajar anak-anak anda mengaji, yang memakai tudung litup, menjaga adab sebagai seorang muslimah bukan?

Siapa tak mahu wanita secantik, seindah Ainul Mardhiah?

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Lihat sahaja pemuda tadi. Bukan senang-senang untuk dia menjemput bidadari syurga itu. Dia sanggup berkorban nyawa demi agama kerana yakin pengorbanannya akan dihargai oleh Allah. Allah tak perlukan kita pun untuk Islam ini naik. Tetapi kerana pemuda ini yakin kalau dia mempertahankan agama Islam ini, dia menjadi penolong agama Allah, maka Allah akan mudahkan jalan hidupnya dunia dan akhirat. Dan bukan sahaja Allah berikan dia syurga, malah Allah kurniakan dia seorang isteri dari kalangan bidadari, malah dapat bidadari yang terbaik di antara bidadari.

Namun wahai pemuda akhir zaman, mana semangat jihadmu kini?

Tak inginkah engkau merasa nikmatnya syurga sedang engkau dalam kelalaian berbangga dengan nikmat dunia?



Untuk Antunna bernama An-Nisa' (wanita)


Tahukah anda bahawa setiap lelaki yang beriman telah dijanjikan oleh Allah untuk mendapat seorang bidadari yang jelita apabila lelaki itu masuk ke syurga?

Bayangkan. Lelaki itu adalah suami anda.

Cemburu?

Tergelak kecil >____< [GAMBAR}


Mari saya buat anda semua lebih cemburu.

Di dalam al-Quran, telah Allah tuliskan beberapa sifat bidadari.

  • “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Ar-Rahmaan : 58)
  •  “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahmaan : 70)
  • “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” (Ar-Rahmaan : 72)
  • “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Ar-Rahmaan : 74)
  • “Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah.” (Ar-Rahmaan : 76)
  • “mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (Ath-Thuur : 20)
  • “Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Al-Waaqi’ah : 22-23)
  • Dan banyak lagi!

Ouch, rasa macam terhantuk kepala! [GAMBAR]


Bila lihat semula sifat-sifat bidadari dan di compare dengan sifat kita, bukan setakat langit dengan bumi, dah tak tercapai dek akal bezanya. Confirm - confirm la encik suami tak mahu pandang kita lagi. Lelaki kan! #sarcasm #troll

NANTI DULU!

Ada berita baik untuk anda, wahai saudariku sekalian!

Tahukah anda, wanita yang pernah tinggal di dunia dan menjadi ahli syurga itu sebnarnya adalah ketua bidadari?

Dah senyum la tu >< [GAMBAR]
Dalam satu hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh At-Thabrani mafhumnya, isteri nabi, Ummu Salamah pernah bertanya kepada baginda, siapakah yang lebih utama, wanita dunia ataupun bidadari. Rasulullah menjawab wanita dunia!

Dengan syarat, wanita itu memelihara solatnya, puasanya, maruahnya dan mentaati suami. Maka masuklah ke dalam syurga melalui mana-mana pintu.

Bila kita menjaga hubungan dengan Allah dan manusia (Hablumminallah wa hablumminannas), berakhlak dengan akhlak yang baik, maka usah bimbang wahai akhawati, kau lah Ainul Mardhiah yang diimpi untuk disunting oleh suami yang selayaknya buatmu.

Kesimpulan


Semoga dengan mengenali siapakah Ainul Mardhiah dapat memberi motivasi buat kita untuk terus mencari redhaNya kerana hanya dengan redhaNya maka syurgalah tempat kita kelak.

Diharapkan agar kita dapat sama-sama mengambil ibrah daripada kisah bidadari ini insyaAllah.

Ma'assalamah :)
like la like la :D

2 ulasan:

NadiaSarwani berkata...

Nice one!
Love read this... Suka lah entry2 Mira! teruskan usaha menulis genre sebegini~ =D

Dr. Amirah berkata...

Thanks Nadya :D InsyaAllah :))