Semanis kurma

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Sejujurnya saya tak berapa berkenan dengan new feature blogger ni. Terkial-kial juga nak menaip. Tapi saya rasa saya perlu setelkan entri ini sekalarang sebab minggu lepas ni laaaaggggiiiii sibuk. Kesian dekat yang bertanya ni dah seminggu saya tak menjawab soalan.

Baiklah, ada orang hantar email kepada saya, minta saya tengok sebuah video.



Video apakah ini?

Inilah video rancangan kegemaran ramai yang diacarakan oleh Dato' Siti Nur Bahyah dan suami tercinta Ustaz Wan Akasyah. Tajuk video ni kahwin ke belajar. Saya pun pelik kenapa ukhti ni tanya saya sebab saya ni bukan ada pengalaman. Tak tahula kalau bakal mencipta pengalaman itu cerita lain.

Jadi, kerana tunggu loading youtube yang sangat lama itu, saya terus download jadi 3gp so cepat sikit saya boleh tengok. Ye lah, nak dengar isi-isi perbincangan dulu baru boleh bagi komen ye dak. Siapa-siapa rasa nak untuk simpanan, boleh lah mintak dekat saya. Kecil sikit. Boleh tambah ilmu juga.

Ahli panel yang dijemput bukan calang-calang orang. Semua mesti kenal Ustaz Zamri, mari mengaji tu kan. Ha, beliau dan isteri tercinta serta Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang menjadi tetamu jemputan untuk berkongsi kisah, pengalaman, suka dan duka sepanjang bergelar suami isteri dalam alam pengajian.

Sejujurnya pada pendapat saya, tak ada betul salah dalam isu kahwin semasa belajar ini. Tak dapat dinafikan banyak kebaikan lebih-lebih lagi zaman sekarang kita lihat pergaulan bebas, pengaruh media, memnguasai pemikiran sebahagian kita.

Hati ini saudara dan saudariku, bukan mudah untuk kita jaga.

Iman kita ini saudara dan saudariku, bukan sentiasa beradanya di atas.

Maka, perlu ada mekanisme untuk kita membendung permasalahan ini, seperti yang diterangkan oleh ustaz dan ustazah dalam video ini.

Kesemua ustaz dan ustazah dalam video ini ada pengalaman berkahwin semasa belajar. Ustazah Bahyah sendiri berkahwin semasa tahun satu pengajian di universiti al-azhar. 

Saya rasa, video ini sangat sesuai ditonton oleh pelajar-pelajar yang mempunyai rancangan untuk kahwin semasa belajar dan yang paling penting, ibu bapa pun kena tengok video ini. 

Bagi saya, hidup ini kena ada compromizing. Cara untuk mendapat kata sepakat adalah mudah, dengan berbincang. Tapi, perbincangan mesti berakhir dengan win-win situation.

Kalau nak mintak saya komen, saya rasa saya bukanlah orang yang arif. Cuma, pada pendapat saya, saya bersetuju dengan apa yang ustaz dan ustazah katakan.

Cadangan saya, kalau betul dah ada niat nak kahwin, teruskan. Rasulullah sangat menggalakkan orang muda kahwin awal. Malah, Rasulullah pernah bersabda dalam satu hadis, antara perkara yang perlu disegerakan ialah menyegerakan perkahwinan anak perempuan yang sudah akil baligh. Dalam Al-Quran juga ada disebut bahawa Allah akan menambah rezeki pemuda dan pemudi yang nak berkahwin kerana memelihara kehormatan mereka. Adakah salah di situ kalau nak kahwin kerana nak menjaga maruah? Asal pandai membahagi masa antara belajar dan rumah tangga.

Cumanya, sebelum terus melangkah, pandang lah kiri kanan dahulu, lihat dalam diri kita, buat checklist dan sebagainya agar rumah tangga yang ingin kita bina merupakan rumah tangga yang sentiasa dalam redha Allah. Kerana bait muslim bukan perkara remeh, bukan perkara mudah untuk kita laksanakan. 

Eh, terpanjang pula celoteh. Harap ukhti yng bertanya itu berpuas hati dengan jawapan saya. Kalau dekat mesir ni, memang ramai sangat yang kahwin semasa belajar. Siap jadi ibu dan ayah. Dan alhamdulillah saya tak nampak lagi ada yang kena repeat year dan sebagainya malah bertambah baik pelajaran mereka walaupun encik suami berada nun jauh di Malaysia. 

Buatlah keputusan dengan istikharah. Bagi saya istikharah itu sendiri sudah menjadi tanda redha kita terhadap takdir Allah.

Dan saya kepilkan sebuah nota yang bagi saya sangat bagus sebagai kesinambungan selepas melihat video ini and vice versa is also true. 

Bak kata ustaz Norhisyam, banyak lagi research yang perlu dibuat untuk mengambil keputusan yang  besar seperti berkahwin ini. 

Maka, saya ingin kongsikan blog ukhti Adni yang banyak menulis tentang perkahwinan. Ukhti Adni ini juga berkahwin semasa menjadi seorang pelajar. Mungkin boleh diambil pengajaran serba sedikit melalui pengalaman beliau.

Bagi saya tak salah kalau saya menyentuh bab perkahwinan ini kerana ianya juga merupakan salah satu elemen penting dalam pembinaan umat Islam yang baik. Jadi, sebarang komen yang mengatakan saya ini baru umur 20 dah gatal nak bercerita tentang kahwin padahal mak ayah masih tanggung adalah tak dilayan. Saya tak nak nanti dekat akhirat ada yang tuntut dekat Allah cakap, saya tak sebarkan ilmu yang saya ada ini walau sedikit. Takut juga kalau dah selangkah lagi nak masuk syurga, tiba-tiba Allah tarik saya ke dalam neraka.

Baiklah, saya perlu tidur sekarang. Doakan saya berjaya dalam kuiz esok!

Maassalamah

Baiklah, saya perlu masuk tidur 


like la like la :D

Tiada ulasan: