Bicara pada Dia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Kebenarannya, aku tak tahu mahu tulis apa.

Aku hanya kasihankan pondok kecil aku yang sudah bersawang macam tak ada orang yang membersihkan.

Hey, aku dengar bisik nakal kau. Kau kata kalau aku bersihkan pun tiada pengunjung. kan?

Aku terlalu licik membaca fikiran orang mungkin?

/_o_\
I
/\



Sebenarnya aku sedang tertekan. Biasalah peperiksaan semakin menghampiri. Ubatnya, dengar lagu raya dn bergelak ketawa dengan teman serumah. Dalam hati, Allah sahaja yang tahu betapa walangnya hati ini memikirkan masalah yang dicari sendiri. Padan muka kau Mira.

Tertekan bila hati tak mahu bekerjasama dengan otak. Malah lebih teruk, menyalahkan masing-masing. Pasti kau semua fikir aku gila. Macam mana hati dan otak boleh bergaduh?

Gaduh! Gaduh! [gambar]
Baiklah.

Aku terus terang.

Aku sedang dalam kerinduan yang amat sangat.
Aku sedang memanjat setinggi pengharapan padaNya
Aku sedang merayu agar akal dan hati kau tercuit untuk memahami hati dan akal aku
Aku sedang berdoa agar mereka gembira dengan kedewasaan kita
Aku sedang berdoa Allah memberi pengakhiran yang membahagiakan untuk kau,aku,dan semua yang terlibat dalam cerita kita.

Aku semakin dewasa. Aku semakin matang. Terima kasih kepada yang membuka mata aku untuk merenung segenap alam mengenal diri sendiri. Aku dah tahu apa aku mahu. Dan aku mohon Allah makbulkan segala harapan aku.

Entry nampak entah apa-apa. Mungkin kau tak kenal aku. Hidup aku penuh dengan kisah-kisah berat yang kau mungkin tak mahu faham.

Tapi aku bersyukur dikurniakan kehidupan seperti ini. Kehidupan yang mengajar. Bukan kehidupan yang dilalui tanpa sebarang penghayatan.

Aku manusia istimewa pilihanNya untuk merasa semua ini.

Dan aku juga memohon Allah pilih manusia complecated ini untuk bahagiakan kau, dan bahagia dengan kau. Amin. Senyum penuh pengharapan.

So true ? [gambar]

Maassalamah.



like la like la :D

Tiada ulasan: