Its Ramadhan :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Lama menyepi mencari ketenangan. Hati mengalami sedikit kecederaan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak sudah mula pulih.

Di corong siren masjid berdekatan rumah aku sedang mengalunkan syair-syair meraikan kehadiran Ramadhan, bulan yang mulia ini. Menitis air mata setitik dua. Perasaan, INDAH

Alhamdulillah. Terlalu bersyukur ke atasNya[gambar]


Ramadhan kali ini, pelbagai perancangan telah dirangka. Tapi Allah sebaik-baik perancang. Moga Allah perkenankan rancangan yang telah difikirkan ini. InsyaAllah untuk mentarbiyah diri menjadi insan yang lebih baik. Bukan sempurna. Tapi lebih baik dari sekarang.

Ya Allah berkati Ramadhan ini untuk kami.

Sesungguhnya aku teringat kata-kata sahabat aku, sesungguhnya kesemua peperangan yang berlangsung dalam bulan ramadhan kesemuanya dimenangi oleh umat Islam. Aku juga bakal menempuh sebuah peperangan terbesar dalam hidup. Peperiksaan akhir. Aku umat Islam. Aku perlu menang.

Dan aku harus menang menentang nafsu. Jadi aku dah ambil keputusan. Nafsu berblogging terpaksa aku kurangkan. Nafsu membeli-belah terpaksa aku hentikan. Begitu juga nafsu makan dan sebagainya. Aku tahu aku boleh lakukan. Kita semua umat Islam boleh lakukan.

InsyaAllah . Senyum . [gambar]

Baiklah. Ingin terus berusaha untuk membaca. Doakan diri ini terus tabah. Doakn untuk peperiksaan juga. Assalamualaikum 


notakakidrmira

Datuk sahabat baik aku baru pergi meninngalkan alam ini 3 hari lepas. Mari sama-sam kita sedekahkan alfatihah. InsyaAllah.


Maassalamah.

like la like la :D

Tiada ulasan: