Anda nak sambung pengajian di Mesir? Tanta University specifically ? Part 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Ini entry repost .
Part 1 boleh tekan sini


Sekarang nak selesaikan urusan soalan adik-adik yang baal ke Tanta University. Ada yang dah minta entri ini sebulan yang lalu. Maafkan akak ye, sibuk sangat. Sekarang dah lengang sikit jadi boleh lah nak menjawab apa-apa soalan.


Macam mana syllabus tahun satu di Tanta University?
Untuk tahun satu ini, anda semua akan belajar 6 mata pelajaran iaitu Anatomy, Physiology, Histology, Biochemistry, Human Rights dan English. Ya jangan mengeluh. Anda perlu belajar bahasa Inggeris dan Human Rights. Mari kita kupas satu-satu mengenai syllabus bagi setiap subjek.

Anatomy

Terbahagi kepada 7 bahagian. General Anatomy, Thorax, Abdomen, Pelvis and Perineum, Upper Limb, General Embryology, dan Osteology. Terbahagi lagi kepada dua, iaitu lecture dan practical.

General Anatomy ni kiranya adik-adik semua akan belajar pasal benda paling basic dalam anatomi manusia. Contohnya nama pergerakan, nama plane untuk bahagi badan, jenis otot, jenis tulang dan sebagainya.

Untuk thorax, adik-adik akan belajar tentang organ-organ, tulang rusuk, tulang belakang bahagian thorax yang ada 12, segala urat dan salur darah dan juga lymphatic duct. Nanti kita akan tahu sebenanya tulung rusuk kita ini ada berbagai bentuk. Tulang vertebra pun. Ada yang tipikal. Ada yang atipikal. Dapat pegang sendiri jantung, paru-paru. Tak percaya?

Ada bran ? :p
Untuk Abdomen pulak, adik-adik semua akan belajar mengenai bahagian diaphragm sampai sigmoid colon. Nanti adik semua akan tahu yang sebenarnya organ kita ni ada covering nama peritoneum. Akan tahu juga penyakit-penyait yang namanya comel seperti hernia, caput medosae yang maksudnya perempuan gila, dan banyak lagi. Nak terangkan? Tak seronok la. Watch and learn :p

Untuk Pelvis and perineum pula, anda akan belajar dari bahagian pinggang dan bahagian sulit. Masa ini, anda akan berasa kagum dengan ibu anda sebab tengok uterus yang kecil, boleh membesar masa dia mengandungkan anda. Hebat betul ciptaan Allah.

Seterusnya untuk Upper Limb, anda akan belajar pasal tangan dan bahagian pectoral region. Nanti anda dapat tahu mana muscle yang membesar bila anda buat senaman berat, belajar tentang nerve yang bentuk M. Eh memang sangat enjoy belajar upper limb.

Untuk osteo pula banyak dalam practical. Kita akan belajar pasal tulang-tulang thorax, abdomen, pelvis dan upper limb.

Pergh, baru anatomy, dah gigil. Ada berani nak surive? Kalau berani, mari scroll lagi.

Physiology

Kalau untuk saya, Physiology ni lebih mencabar sedikit daripada anatomy sebab ia memerlukan kemahiran faham + hafal yang sangat tinggi. Terbahagi kepada 5, Physiology telah menjadi favourite subjek  saya  sepanjang zaman. Ada Autonomic nervous system, Cardiovascular system*pengsan* Muscle and nerve, Blood dan respiration*pengsan 10 kali*.

Autonomic nervous system ini mengajar kita tentang system nerve dalam badan kita. Nervous system terbahagi kepada dua, autonomic and central. Autonomic ni yang control involuntary action kita.

CVS pula belajar keseluruhan pasal jantung kita. Dan untuk pengetahuan anda, jatung kita yang comel lagi kecil itu memainkan peranan paling besar dalam sistem fidiologi badan kita. Jadi sila jaga jantung anda baik-baik ya semua.

Muscle and nerve pula anda akan belajar tentang nerve cell, tahap excitability, macam mana nerve tu diconduct dalam badan, and action dia dekat muscle.juga akan belajar types of muscle.

Blood. Paling menarik bagi  saya . akan belajar constituent of blood, macam mana blood tu terjadi, dekat mana, action setiap type of cell of the blood dan sebagainya.

Respiration pula akan mengajar anda proses dan apa yang berlaku sewaktu kita inhale and exhale. Tapi dekat sini dia pangil inspire and expire. Jangan keliru ok. Sama sahaja.

Praktikal pula, anda semua akan belajar macam mana nak baca ECG, nak tengok graf itu dan ini, nak detect anda ada anemia type ape dan sebagainya.

Histology
Mungkin ada yang akan pandang rendah akan subjek ini, tetapi sebenarnya  saya  terpaksa mengaku, subjek ini agak sukar sebab belajar tentang perkara di luar pandangan mata kasar. Anda akan disajikan dengan topic seperti  Cytology, Epithelial cell, bone,cartilage,circulation,lymphatic,muscle,blood tetapi semuanya benda yang minute. Yela nak mengkaji cell bukan.

Biochemistry
Biochemistry ini alhamdulillah agak mudah cuma yang sukarnya, dahulu kita diajar untuk tulis fomula kimia, tapi bila masuk dunia medical, kita akan belajar macam mana nak hafal fomula kimia. Lebih susah la di situ. Biochemistry pula akan belajar tentang carbohydrate, lipid, protein, haemoglobin, mineral.enzyme, pigment dan juga  DNA. Seriously, kalau anda rasa DNA adalah suatu benda yang berbelit-belit sahaja, sila buka buku biochemistry part 2 Tanta University, dan anda mesti  ketawa berdekah-dekah dan kemudian menangis mengenangkan kesalahan anda.

Human Rights.

Sebenarnya, batch saya tak ambil subjek ini. Batch tahun ini yang 1st time ambil subjek ni. Mungkin boleh tanya mereka apa yang akan anda pelajari dalam subjek ini.

Selesai tentang syllabus. Maaf kalau elaborate entah apa-apa. Sengaja nak bagi kejutan. Cukup kan sedikit-sedikit. Nanti  anda  semua belajar, anda  akan tahu macam mana.

Rempah-rempah senang tak nak cari? Barang elektrik macam mana?

Dinasihatkan supaya anda membawa sos cili dalam kuantiti yang banyak kerana di Mesir tiada sos cili. Kalau yang memang suka pedas, sila bawa cili api banyak sebab mesir tak ada cili api. Untuk sayur pula, sila jangan merungut nak makan bayam la, kangkung lah, memang tak dapatlah. Bayam ada itu pun frozen. Agak-aga rasa nak makan toge, bawang kacang hijau dan kita tanam beramai-ramai ye. Rempah ratus seeloknya beli di Malaysia. Kalau kiub pati tu tak payah takpe sebab dekat sini ada jual. Tapi lebih baik bawa instant sebanyaknya so memudahan anda semua nak masak nanti. Kalau rajin boleh bawa buku resepi*macam  saya  buat* atau kalau malas boleh buka myresepi sahaja. hehe.

Untuk barang elektrik, seeloknya anda berbincang dengan housemates anda dan bawalah barang-barang seperti periuk nasi, seterika, water heater, dan blender dari Malaysia. Kualiti dekat sini tak dapat nak jamin sangat. Pinggan mangkuk tak perlu pun tak apa. Nanti sampai tanta boleh shopping di awal bahr beramai-ramai.

Rasanya itu sahaja catatan saya  dahulu. Adik-adik kalau ada soalan lain boleh request dekat comment box. InsyaAllah saya tolong jawab ok. :)

Sekian.


Maasalamah

like la like la :D

3 ulasan:

Doktor Cinta Forever~ berkata...

subjek yang 2 lagi tu Human Right da English tu..ade peperiksaan ke nanti..? ke belajar sebagai pengukuhan sahaja..???

Dr. Amirah berkata...

Ada exam jugak :)

mz berkata...

nice info yerrr :)