Letting thou go =D

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sudah selesai ujian pertama dalam fasa awal untuk menjadi seorang doktor yang berjaya. Baru selesai satu kertas sahaja. Itu pun sudah sangat lega.

Apa yang aku nak lepaskan sebenarnya?

Kadang-kadang melepaskan sesuatu untuk pergi adalah sangat sukar, namun akhirnya, ia adalah yang terbaik [gambar]


Ok, malas nak berputar belit, aku simpulkan di sini. Aku mahu mebincangkan konsep redha.

Kalau kau lihat soalan anatomi aku tadi, dan kau tanya pada aku, "Amirah, macam mana? Boleh jawab?". Dan aku akan menjawab "*senyum*".

Kamu selalu bising kalau aku senyum tutup mulut. Hakikatnya senyum aku tak secomel adik ini dengan giginya. Jadi biarlah aku senyum tutup mulut =) [gambar]

Kau semua pasti ingat aku senyum gembira sebab boleh jawab. Tapi mungkin juga maksud senyuman itu sebab nak menutup kesedihan aku tak boleh jawab. Apa orang kata, senyum tak ikhlas? 

Baiklah, kenapa sebenarnya aku senyum?

Sebab aku sudah redha dengan ketentuan Allah terhadap aku.

Sebab aku sudah usaha sebaik mungkin. Dan aku tak perlu salahkan siapa-siapa bila keputusannya nanti mengecewakan aku. Sebab itu adalah hasil dari usaha aku. Banyak usaha aku, banyaklah markah. Sikit usaha au, sikitlah markah.

Nyanyi-nyanyi lagu abang J.T kesayangan :P [gambar]
Baiklah. apa sebenarnya maksud redha ini?

Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

Ok, ayat sedikit skema. Tapi mudah bukan untuk difahamkan? Seseorang pun pernah kata pada aku,

Kejayaan sebenar bukan bermaksud kita cemerlang dalam menghadapi sesuatu cabaran tapi kejayaan sebenar adalah sejauh mana kita mentaati perintah Allah dan ikut sunnah Rasulullah dalam menghadapi cabaran itu. Allah sudah meletakkan kejayaan umat manusia dalam sejauh mana kita mentaati perintahNya dan sunnah Rasulullah. Kejayaan atau kegagalan itu hanyalah nikmat dan ujian dan bukannya dari manusia.

Jadi, kalau kita renung kembali kata-kata ini, memang ada benarnya. Segala rezeki kita telah ada di langit. Hanya berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal, insyaAllah tak kemana pun rezeki itu. Allah bukan kejam untuk menghentikan rezeki seseorang hambaNya. Allah sangat cinta akan hambaNya. Kadang-kadang kita yang tak sedar.

Rasulullah Sallallahualaihi wasalam pernah bersabda dalam sebah hadis sahih,

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim) 

Jadi, apa sahaja natijah yang kau dapat, bersyukurlah. Kerana Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kau. Siapa kata gagal itu bukan yang terbaik? Kalaulah kau positifkan kegagalan itu untuk kau berjaya pada masa hadapan, bukankah kegagalan itu sangat baik dan sangat mengajar?

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Dan kalau kau tanya pada aku, bagaimana kalau kau tetap sukar melepaskan? Soalan ini biasanya ditanya bila putus cinta. Jangan tipu. Aku juga pernah putus cinta. Aku pernah rasa sukar untuk melepaskan. Aku pernah rasa gagal dalam kehidupan. Dan bagaimana aku kembali berdiri tegak kini? Mudah, percayalah Allah tak pernah mempersia-siakan hambaNya. Aku pernah jatuh sangat teruk dulu. Seumur hidup aku tak pernah gagal dalam peperiksaan, bila masuk asasi Allah uji dengan kegagalan. Tipu kalau aku kata aku tak meraung, aku tak menangis, aku tak sedih. Tapi lama-lama aku fikir, aku jadi macam ni sebab aku sendiri yang main-main masa belajar. Dan tak guna pun aku menangis, meraung. Masa tak boleh diputar kembali. Dan akhirnya, aku belajar, melepaskan kenangan itu adalah yang terbaik. Aku terus lupakan aku pernah gagal. Tapi aku selalu ingatkan diri aku, untuk simpan pengajaran daripada kegagalan itu, belajar + doa + ikhtiar + tawakal = berjaya, bukan main + tidur + ikhtiar = berjaya. Seriously honey, it won't work out that way.
Kalau bukan cahaya girang sang mentari, Allah tetap kurniakan cantik sang pelangi selepas hujan. Subhanallah! [gambar]

Dan kita terutamanya umat Islam harus ingat, beriman kepada qada' dan qadar itu adalah antara Rukun Iman yang patut kita genggam kukuh dalam diri ini. Jadi, bersedia untuk terima apa sahaja keputusan Allah untuk kita, kerana segala-galanya telah ditentukan, tinggal untuk diberikan kepada kita.

Walaupun aku dah rasa aku lukis azygous vein salah, aku tak lukis structure deep in clavipectoral facia and structure piercing it, aku tetap yakin, Allah tak kejam dengan aku sebab Allah gerakkan hati pembuat soalan untuk bagi soalan mudah macam decidua, chorionic villi, results of folding, mediastinal surface of lung, structure of spermatic cord dan sebagainya. Dia tarik sikit, dia bagi lebih. Lebih mengharukan, Allah siap bagi ilham pada beberapa orang dari kami pada saat-saat akhir. Contohnya tadi sahabat aku Haifa tiba-tiba bertanyakan aku tentang lobe of prostate gland. Tergagau aku nak menjawab tapi tak tahu. Lalu kami buka buku, dan belajar bersama-sama dan paaap keluar sebiji soalan, enumerate lobes of prostate gland, aku cuma tak boleh lukiskan gambar tapi tetap aku lukis mana tahu betul. Sengih.

Dan pada akhir sebelum aku serahkan jawapan, aku dah minta pada Allah agar beri keputusan yang terbaik untuk aku. Dan aku harap keputusan itu diterima dengan baik oleh semua. Siapa tak mahu Mumtaz atau paling kurang Jayid Jiddan? Tapi aku tak mahu berharap lebih dari kemampuan. Allah tahu kemampuan aku tahap mana, aku pun tahu. Dan aku mohon segala yang terbaik.

Eh, panjang pula aku bercerita. Ingat mahu kupas sedikit sahaja. Esok peperiksaan oral dan praktikal dan seterusnya. Aku doa semuanya dipermudahkan. Dan kau semua yang sudi baca dari awal sampai akhir ni pun tolong doa sama. Moga Allah balas jasa kau semua dengan memberikan segala kebaikan dunia dan akhirat untuk kau. Baiklah, aku nak berehat sekejap sebelum menyambung semula perjuangan bermain dengan tulang-tulang sekejap lagi.

Ya, aku dan kawan -kawan mempunyai tulang mayat dan kami memang sering la sangat bermain dengan tulang itu di rumah. Jangan terkejut, itu perkara biasa bagi seorang doktor. Sengih kejam. :p

akhir kata dan akhir gambar =D [gambar]
Maassalamah
like la like la :D

2 ulasan:

syifashahrul berkata...

btul kak..senyum tu tanda pasrah..
asal dah usaha sebaek mungkin..insyallah Allah tolong..berkat bulan puasa..same2 kita doa..
:)

Dr. Amirah berkata...

Syifa' : InsyaAllah jom doa sama-sama jugak :D