Cinta itu memungkinkan segalanya.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah dan salam Ramadhan kareem.

Serasa berabad sudah tak menulis di blog. Agak sibuk. Alhamdulillah, 3 subjek sudah selesai, tinggal Fisiologi dan Bahasa Inggeris. Senior aku sudah mengingatkan, walaupun mudah, tapi berhati-hati. Jangan pandang rendah walaupun Bahasa Inggeris kau A+ masa SPM.

Berbicara tentang cinta, terbahagi kepada banyak bahagian. Dan hari ini aku nak bercerita tentang bahagian Cinta yang memungkinkan segalanya, Cinta pada Allah.
"Sayang-sayang Allah sayang-sayang nabi" Nasyid masa kecil [gambar]

Sebenarnya, terdetik di hati untuk aku menulis tentang cinta teragung ini kerana mengenangkan betapa sebenarnya kita terkadang melupakan Cinta kita padaNya, sedang Dia tak pernah berkecil hati, malah terus-terusan menolong hambaNya bila hambaNya meminta pertolongan. Bukan sekali dua, banyak kali. Tapi kali ini, pertolongan dariNya buat hati aku celik secelik celiknya.

Dan aku yakin jika kita mencintai Allah dengan sepenuh jiwa dan raga kita, Allah juga akan membalas cinta kita dengan redhaNya. Bila dapat redha Allah, bukankah segala luahan,keluh kesah,hajat kita juga dengan mudahnya Allah perkenankan?

Cintai Dia, Dia akan mencintai anda kembali :)
Begini, semasa peperiksaan Biokimia tempoh hari, aku ada tak dapat menjawab soalan dan aku mohon pencerahan dariNya, dan dengan mudah, Allah bantu aku. Alhamdulillah. Histologi semalam juga, aku kalau ikutkan membaca memang tidak sangat, datang angin kus-kus mungkin sebab PMS, aku rasa letih-letih dan cepat mengantuk. Tapi aku mohon pada Dia, minta dipermudahkan soalan. Alhamdulillah, walaupun ada menyerong sana dan sini, Dia tetap membantu. Semasa peperiksaan oral tadi juga begitu. Dia mudahkan aku dan alhamdulillah, markah oral sangat memuaskan hati aku.

Dan bila mengenangkan bantuan tak disangka itu, aku terdiam. Sayangnya Allah dekat hambaNya. Pemurahnya Allah pada hambaNya. Walaupun selama ini banyak dosa yang aku lakukan, Allah tak pernah membiarkan aku terkapai. Terharu sangat-sangat. 

Dua hari lepas, tazkirah yang aku ingat, bersyukur ini bukan sahaja dengan cara menzahirkan dengan ucapan Alhamdulillah, tapi mesti dizahirkan dengan perbuatan kita. Bagaimana kita nak zahirkan rasa bersyukur itu? Dengan berbuat baik, melakukan perkara mahmudah, bersangka baik dengan Allah. Buat sesuatu bukan semata-mata mengharap syurga atau pahala, tapi haraplah redha Allah, kerana dengan redhaNya sahaja, syurga itu milik kita insyaAllah.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita mencintai Allah sepenuh jiwa kerana dengan cinta kepadanya, memungkinkan segala impian kita fiddunia wal akhirah tercapai.

All praise to Allah :) [gambar]


Maassalamah

like la like la :D

Tiada ulasan: