everybody all for one our summer had just begun !

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

di Malaysia sudah jam 11.20 malam mengikut papan pemuka baca dashboard komputer riba aku. aku pula? pukul 5.20 petang, sedang mengulangkaji subjek biokimia.tutup sebentar buku kerana mengantuk,daripada tidur di waktu asar sebegini,lebih baik aku menulis..sudah ku janji bukan? :)


baiklah..peperiksaan makin hampir,35 hari lagi..bahang stres sudah makin terasakan sampai kadang kadang kepala sesak bukan dengan subjek subjek yang banyak, lebih kepada sesak dengan tekanan..


sabar duhai hati sikit sahaja lagi

dalam keadaan penuh tekanan ini, mujur ada si dia, dia, dan dia yang datang menghulur tangan meringankan beban..kami sama-sama mengharung kesusahan ini dan bersatu-padu untuk memungkinkan segala yang mustahil :)

mereka adalah insan yang dicipta Allah untuk sentiasa dekat di hati :), SAHABAT

sahabat untuk selamanya :) [gambar]
entri ini ditujukan untuk sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong perjuangan ini. terlalu banyak kenangan yang terukir menjadikan kita lebih matang dalam kehidupan. lebih mengenal erti kasih dan sayang. lebih mengenal siapa itu Tuhan. terima kasih kerana sentiasa mengajak diri ini untuk bermuhasabah,terima kasih kerana sentiasa memberi motivasi yang insyaAllah sentiasa mekar mewangi dalam diri ini..terima kasih..

untuk segala-galanya :) [gambar]
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)
Sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah bermaksud: "Tidaklah kamu masuk syurga tanpa beriman dan tidaklah sempurna iman kamu tanpa berkasih sayang, inginkan kamu ku tunjukkan sesuatu apabila kamu kerjakan, terwujudlah kasih sayang di kalangan kamu? Semarakkanlah kesejahteraan di kalangan kamu." 
“Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri” (Imam Bukhari)  
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam”.(Riwayat Muslim) 
Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud: 
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"  
Hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka "
(riwayat Attarmizi) 

Riwayat Muslim dari Abu Hurairah 
Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya. 
Hadis Abu Hurairah (R.A)
maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah. 
 
 
maassalamah

al-intaahi
like la like la :D

Tiada ulasan: