makan untuk hidup, hidup untuk makan

bismillahirrahmanirrahim

Assalamuaalaikum warahmatullahiwabarakatuh

sekadar berkongsi lauk makan malam hari ini

mudah dan cepat. tekan gambar untuk rajah yang lebih besar terima kasih 

eh, bukan tujuan membangga diri menunjuk kemahiran memasak, sumanya ingin memberitahu dan berkongsi diet Rasulullah dan amalan amalan pemakanan yang baik.

Jangan makan SUSU + DAGING 

Jangan makan DAGING + IKAN 

Jangan makan IKAN + SUSU 

Jangan makan AYAM + SUSU 

Jangan makan IKAN + TELUR 

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD 

Jangan makan SUSU + CUKA 

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL 

JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH 
DAHULU, BARU MAKAN NASI. 

TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. 

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM
DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. 
selain itu, Rasulullah turut mengamalkan amalan amalan lain untuk menjaga kesihatan,antaranya

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk 
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita
boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit
pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran 

darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. 

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan
tidak hadam) 

subhanallah begitu indah nya Allah menciptakan sebuah kejadian.. mari kite kembali merenung tabiat makan kita, adakah sudah cukup bersederhana? adakah kita teringat pada yang susah sebelum melakukan pembaziran?

fikir sendiri :)

maasalamah

al-intaahi
like la like la :D

Tiada ulasan: