Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum. Post kedua dalam masa beberapa minit. Sebentar tadi dapat soalan di mukabuku. Mari lihat apakah soalannya :D
*SISTEM PEMBELAJARAN
Ok. Kuliah start biasa jam 8. Tak adalah sampai petang. Paling lewat pukul 2 petang. Tak jauh pun university dengan rumah. Jalan kaki sahaja dalam 10 minit. Memang hari-hari bersenam menempuh jalan besar. Senyum
Tak diasingkan pun. tak percaya?
Untuk peperiksaan terbahagi kepada dua, pertengahan semester biasanya dilakukan selepas cuti musim sejuk, dan peperiksaan akhir yang berlangsung pada awal musim panas. Untuk peperiksaan pertengahan semester, biasanya bertulis sahaja. Untuk peperiksaan akhir tahun pula terbahagi kepada 3 bahagian, bertulis, oral dan praktikal. Untuk pembahagian markah tak berani cerita sebab tahun ini sedikit perubahan berlaku oleh kerana revoluusi Mesir yang menyebabkan peperiksaan pertengahan semester dibatalkan.
Sebenarnya cara belajar itu terpulang kepada seseorang. Tapi lebih baik kalau belajar beramai-ramai. Macam saya belajar sendiridan dan banyak bersoal jawab dengan kawan-kawan.
Um, buku rujukan yang betul-betul diperlukan pun adalah atlas anatomy dan kalau nak lebih sikit kamus medikal. Sebenarnya boleh saja membeli buku di mesir ini. Ada kedai buku khas untuk beli buku dan alat perubatan sahaja.
*BARANGAN KEPERLUAN
Sangat senang. Jangan risau ye. Ada supermarket dan farmasi yang jual barang-barang ini . Senyum
Gelak. Tak adalah sampai pantang larang. Cuma ada peraturan sedikit di tanta ni di mana student perempuan tidak boleh keluar rumah selepas azan maghrib. Boleh nak keluar tapi perlu ada mushrif. Mushrif ny adalah lelaki yang teman kita dari rumah sampai ke tempat yang nak dituju and kalau nak keluar tu mesti hal penting lah . Untuk jaga keselamatan. Dan semestinya tutup aurat dan sebagainya.
Alhamdulillah tak ada sekatan. Tapi kene berhati-hati sedikit dengan barangan berharga ni.
Ok. Biasanya kalau berhubung dengan keluarga dekat Malaysia guna skype sahaja atau berbual di mukabuku. Atau keluarga baca blog. Gelak. Kalau ada duit lebih sedikit, belilah voip, boleh telefon Malaysia menggunakan internet dengan kadar murah. Tapi guna skype pun memadai. Macam saya sendiri guna skype setiap hujung minggu dan guna voip hari-hari telefon rumah. Ok saya budak cengeng dan manja jadi perlu dengar suara Mama dan adik kecil hari-hari. Kadang-kadang rindu kawan-kawan pun boleh telefon. Tapi yang tak eloknya kalau internet perlahan, memang tak jelas lah. Kalau nak telefon dengan sesama mesir, nanti boleh beli kad sim mesir. Dan kalau ibu ayah nak telefon lebih baik telefon nombor mesir, lebih murah.
Tambahan. Dekat Tanta ni seronok. Walaupun kampung tapi tak la sesesak Kaherah. Dan seronok jalan-jalan beli belah serta ternak lemak di sini. Perlu ingatkan ibu ayah mungkin selepas setahun mereka tak kenal kita lagi sebab dah gebu semacam. Gelak besar sebab diri sendiri mengalaminya.
like la like la :D
Assalamualaikum. Post kedua dalam masa beberapa minit. Sebentar tadi dapat soalan di mukabuku. Mari lihat apakah soalannya :D
*SISTEM PEMBELAJARAN
-kuliah dan kelas str8 dari pagi sampai ptg ke? jauh tak tmpt tnggal dgn universiti tu??
Ok. Kuliah start biasa jam 8. Tak adalah sampai petang. Paling lewat pukul 2 petang. Tak jauh pun university dengan rumah. Jalan kaki sahaja dalam 10 minit. Memang hari-hari bersenam menempuh jalan besar. Senyum
-waktu kuliah tu, asing ke boys n girls.. ada dgr citer dgn kwn cmtu..
![]() |
| Ini mereka :D |
-err, klu mcm exam plak kan.. sume essay eh?yg Ummi ada trgkan ari tuh, klu kt tanta, 1st sem amik 20% pastu 2nd sem 60 %... give detail plizz..
Untuk peperiksaan terbahagi kepada dua, pertengahan semester biasanya dilakukan selepas cuti musim sejuk, dan peperiksaan akhir yang berlangsung pada awal musim panas. Untuk peperiksaan pertengahan semester, biasanya bertulis sahaja. Untuk peperiksaan akhir tahun pula terbahagi kepada 3 bahagian, bertulis, oral dan praktikal. Untuk pembahagian markah tak berani cerita sebab tahun ini sedikit perubahan berlaku oleh kerana revoluusi Mesir yang menyebabkan peperiksaan pertengahan semester dibatalkan.
-klu cm amirah, bnyk studi sndiri atau ada buat study group???
Sebenarnya cara belajar itu terpulang kepada seseorang. Tapi lebih baik kalau belajar beramai-ramai. Macam saya belajar sendiridan dan banyak bersoal jawab dengan kawan-kawan.
-Bnyk x guna buku rujukan??? Agak2, apa je alat tulis yg prlu ada selain pen, pensel, pmbaris??
Um, buku rujukan yang betul-betul diperlukan pun adalah atlas anatomy dan kalau nak lebih sikit kamus medikal. Sebenarnya boleh saja membeli buku di mesir ini. Ada kedai buku khas untuk beli buku dan alat perubatan sahaja.
*BARANGAN KEPERLUAN
-kt situ, senang x klu nk cari brg2 kperluan ni? Cth, klu sabun, ada x lifebuoy ke.. dettol ke.. Hehe.. Ataupun, pncuci muka, sympu, sabun basuh?? cmne eh?? prlu ke bwk sndiri dr m`sia ni??
Sangat senang. Jangan risau ye. Ada supermarket dan farmasi yang jual barang-barang ini . Senyum
-Ada budaya atau pantang larang x kt mesir tuh?cth; kena senyum selalu ke? Hehe..
Gelak. Tak adalah sampai pantang larang. Cuma ada peraturan sedikit di tanta ni di mana student perempuan tidak boleh keluar rumah selepas azan maghrib. Boleh nak keluar tapi perlu ada mushrif. Mushrif ny adalah lelaki yang teman kita dari rumah sampai ke tempat yang nak dituju and kalau nak keluar tu mesti hal penting lah . Untuk jaga keselamatan. Dan semestinya tutup aurat dan sebagainya.
-Klu mcm gadget ict plak, bleh bwk apa2 je eh?Takde sekatan apa2 kan.. Huhu..
Alhamdulillah tak ada sekatan. Tapi kene berhati-hati sedikit dengan barangan berharga ni.
-Selalunya, klu berhubung dgn famili kt M`sia cmne eh??Call je eh? Guna line apa eh? Celcom, maxis ke Digi?? tapi, kte lah yg kena byr kan?? prepaid atau post paid?? Huhu....Klu dgn bebudak sesama mesir, cmne plak eh??
Ok. Biasanya kalau berhubung dengan keluarga dekat Malaysia guna skype sahaja atau berbual di mukabuku. Atau keluarga baca blog. Gelak. Kalau ada duit lebih sedikit, belilah voip, boleh telefon Malaysia menggunakan internet dengan kadar murah. Tapi guna skype pun memadai. Macam saya sendiri guna skype setiap hujung minggu dan guna voip hari-hari telefon rumah. Ok saya budak cengeng dan manja jadi perlu dengar suara Mama dan adik kecil hari-hari. Kadang-kadang rindu kawan-kawan pun boleh telefon. Tapi yang tak eloknya kalau internet perlahan, memang tak jelas lah. Kalau nak telefon dengan sesama mesir, nanti boleh beli kad sim mesir. Dan kalau ibu ayah nak telefon lebih baik telefon nombor mesir, lebih murah.
Tambahan. Dekat Tanta ni seronok. Walaupun kampung tapi tak la sesesak Kaherah. Dan seronok jalan-jalan beli belah serta ternak lemak di sini. Perlu ingatkan ibu ayah mungkin selepas setahun mereka tak kenal kita lagi sebab dah gebu semacam. Gelak besar sebab diri sendiri mengalaminya.
![]() |
| mase spring :D |
![]() |
| Nampak tak semua rajin :D |
![]() |
| dengan bunga. LAGI |
![]() |
| Dan LAGI hehe |
![]() |
| lecturers sangat baik dan membantu |
Jadi yang nak datang ke tanta jangan risau jangan malu jangan segan. Malah anda dialu-alukan ke bumi kinanah iini. Nabi Allah Musa pernah jejak bumi tanta ini. Bumi yang mempunyai ramai ulama'-ulama' dan bijak pandai. Bumi barakah ini. Jemput lah, ahlan wasahlan wa marhaban bikum. Senyum
Oh, teringat sebuah ayat alquran dalam surah yusuf ayat 99 mafhumnya
Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman.
Rasanya dah terjawab bukan? Semoga dapat membantu sedikit sebanyak insyaAllah.
Doakan kami untuk peperiksaan yang semakin hampir ya. Ada nada cuak di situ.
Maasalamah











9 ulasan:
medic ea ? thx for the info. ill go there this sept for dentistry.
faeza yup2.. ahlan wasahlan wamarhana biki :D
wah2.. thanx a lot..
dgr cm best je..
Errr, x kisah kan klu nk tnya kt mira bnyk2 lagi?? Hehe..
sekali sekala nk buli 'senior'... Hehe.. :)
tgk ada bunga2 yg cantik2 x sabar2 nak pegi, anyway, pelajar Malaysia asing ke dgn pelajar negara lain? alang2 dah pegi tempat orang, teringin jugak nak bergaul dgn warga lain :)
@nadya : nakal ye :p.. oleh2 tanyelah lagi :D
@simfonimusafir : kelas asing tapi boleh je nak bergaul dengan arab..diorang sangat membantu..bonus kalau boleh cakap arab :D tapi diorang boleh cakap english sikit2 tapi tu kat gamaah je la..
wah.kuliah at-tib tu..bukan sng..:) mg brjaya..
@Jahidih : Alhamdulillah..syukran liddua. Teruskan Doa nya :D
salam... tanx 4 d info... it helps me a lot... i'm ur junior to-be... i'll go there this earlier oct... law xkeberatan, bole tak request next entry wat psl syllabus medic kat Tanta... hehehe.....
@Nina : InsyaAllah, kalau ada masa.. sekarang tengah imtihan.. :D
Catat Ulasan