Assalamualaikum
![]() |
| Teringat Power puff girls. Sugar, spies and everything nice[gambar] |
![]() |
| Allah tahu. Allah makbulkan doa orang teraniaya [gambar] |
Aku mungkin hanya budak kurang matang berumur hampir 19 tahun yang kau fikir hanaya melihat kedukaan yang ditanggung tanpa mahu berbuat apa-apa. Nyata kesilapan kau sangat besar. Aku mungkinluaran kurang matang, tapi hati span dan akal aku cukup matang untuk berfikir dan meneliti. Mungkin aku cengeng tapi kau tak tahu keras hati aku lagi.
Izinkan aku bertanya. Kenapa kau wahai orang tua, perlu berasa dendam atas kejayaan orang lain? Lebih menghairankan aku, kenapa perlu ada dendam kalau kau dapat hasil lebih daripada kejayaan orang lain. Kau buta tuli? Cemburu namamu tak disebut orang. Maaf kalau kataku kasar, tapi kenapa perlu terlalu bodoh cara kau berfikir?
Dan perlukah kau racuni imej mu yang baik itu? Perlukah kau kotori buku amalanmu yang suci itu? Aku mengerti kalau dah terjadi maksudnya Allah izinkan tapi kenapa kau tak berfikir sebelum itu? Aku berusia 19 tahun. Kau telah hampir mencapai usia emas. Tapi akal mu hanya panjang sejengkal? Aku tahu mungkin Allah ingin menguji tetapi kenapa kau tak boleh berfikir dengan waras? Ah. Mungkin kau bukan manusia. Tapi SYAITAN bertopengkan manusia.
![]() |
| Yes. Exactly [gambar] |
Moga Allah membuka kembali hatimu. Moga Allah kembali memutihkan yang hitam. Moga Allah mengampunimu. Aku tak perlu berbicara dengan orang macam kau. Buang masa aku. Moga kau tahu apa itu dosa. Moga kau faham kau salah perhitungan. Moga kau faham akan kesan seterusnya.
Dan kalau ada yang terkorban, kau akan tahu apa akibatnya.
Mujur aku tak memaki hamun mencarut menyumpah seranah. Itu bukan cara aku. Kalau mahu dengar sila sakiti hati aku seteruknya. Hati aku pernah remuk teruk, aku tak mencarut. Itu tanda aku kebal. Aku menangis sahaja. Sekurang-kurangnya hati tak hitam. Mata pun sihat.Siapa yang kata hati kebal sebab mencarut atau dengar carutan. Dia telah melakukan kesilapan paling besar dalam hidup.
![]() |
| lebih baik diam[gambar] |
Letih dan mahu tidur. Assalamualaikum
like la like la :D








Tiada ulasan:
Catat Ulasan