Sejarah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Warkah ke 93 untuk tahun ini. apa? 93? Baru? Geleng kepala. Mana tidaknya, kehidupan sangat sibuk kebelakangan ini. Maafkan aku wahai blog. Kadang aku biarkan kau berhabuk. Bukan aku yang mahu. Masa mencemburui kemesraan kita.

Apa ada dengan tajuk entri aku pagi ini? Oh ya, di Tanta sekarang jam 8.01 minit pagi. Kelas akan bermula jam 10.00 pagi nanti. Kelas terakhir untuk Histology Tahun Satu. Sedih rasanya. Sudah hampir tamat pengajian tahun satu dan ini bermakna peperiksaan semakin hampir.

Tajuk lari lagi. Sebenarnya aku terlihat blog aku dan tersenyum. Gelak kecil. Tak sangka sudah hampir tiga tahun aku menulis. Walaupun hasil pendapatan menulis blog tidak seberapa, aku tak peduli. Aku menulis untuk kepuasan. Itu hobi aku sedari dulu.

PUAS[gambar]


Kita masuk tajuk utama, SEJARAH. Aku ingin menulis bagaimana aku mempunyai blog. Itulah sejarah yang ingin aku nukilkan di sini. Suka duka pahit getir menulis blog. Hey, kau ingat mudah ingin menulis walaupun cerita cincai? Main kening.

mata aku tak berwarna seperti ini [gambar]


Tarikh 29 November 2008 takkan aku lupa, entri pertama aku nukilkan. Entri yang sangat kanak-kanak.  Bila aku baca kembali, aku gelak sendiri. Ya Allah sungguh eanak-anakan aku ini.

Ah, malu sendiri. Ketawa tutup mulut -.-"

Aku tahu masa itu, tak ada pun yang follow blog aku. Masa itu blog hanya untuk aku bermain-main, dan aku pun sangat jarang menulis kerana tinggal di sekolah berasrama penuh.

Aku mula aktif menulis tahun lepas, semasa cuti panjang. Namun tulisan sangat keanak-anakan. Geli baca tulisan sendiri. Masa ini pengikut baca followers mula bertambah, skil mengedit blog juga meningkat, cuma masih tak mahu membuat tutorial. Bukan apa tak pandai mengajar di alam maya, tapi kalau kau minta aku untuk tolong buatkan, insyaAllah aku sudi, walaupun tak sehebat mana.

Dan tahun ini, semangat berblog sudah makin pudar. Banyak sebabnya. Tahun ini sahaja, dua kali aku menyembunyikan blog aku dari pandangan umum, aku tukar sumber seragam penempat baca URL  sebab mahu lari. Sebab rasa malu dengan tulisan sendiri. Ah, sekarang aku dah nyahaktifkan mukabuku, nak hilangkan bosan, dan sememangnya kegemaran aku menulis, aku lempiaskan di sini. Walau tak ada yang baca biarkan. Aku gembira!

Dan aku kini dalam rangka menulis blog secara berkumpulan. Masih dalam takuk perbincangan dan menghias blog. Siapa ahlinya biar lah rahsia dahulu. Dah siap semuanya akan aku ceritakan.

Jam sudah menunjukkan jam 9. Ingin bersiap untuk ke kelas, belajar histology dengan cerianya dan ingin bertemu Doktor yang hebat itu. Doakan aku semuanya.


notakakidrmira
1. Lalat di sini menguji kesabaran aku !
2. Taksiran Sistem Kardiovaskular akan berlangsung pada hari rabu ini, jam 8.00 pagi. Olok-olok baca Mock Praktikal Biokimia pula pada hari khamis
3. Malam ini akan aku cuba nukilkan tentang sikap pelajar terhadap guru. Masih terkesan dengan peristiwa semalam.


Maassalamah

Al-intaahi
like la like la :D

Tiada ulasan: