Assalamualaikum
![]() |
| ala-ala orang kuning [gambar] |
semalam, kanak-kanak lelaki belum cukup umur di kelas aku semuanya memakai baju kuning kecuali dua orang adik adik ku yang muka tidak bersalah baca innocent. aku memang cukup tidak gemar warna kuning kerana terlalu terang.. entah biarlah..kononnya menunjukkan semangat bersih 2.0 yang berlangsung di tanah tumpah darah beribu batu sana. dan aku tak nampak apa faedah nya perbuatan mereka memakai baju kuning selain menyakitkan mata aku dan mungkin membazir duit membeli baju kuning baru kerana aku rasa semuanya seperti baju baru..tahukah anda apa maksud pembaziran?ah, andai aku terangkan pon sampai berbuih-buih mulut aku kau tak mahu dengar bukan ?
![]() |
| kalau duit pembaziran itu boleh disedekahkan kepada anak-anak palestin untuk mengaji mungkin lebih baik bukan ? [gambar] oh, aku tak berniat nak membebel tentang politik yang kotor di sini. aku pon tak mahu cemarkan blog suci ini suci kah? dengan kenyataan politik yang tak berbaloi aku nyatakan sebab aku pasti tak ada orang pon mahu baca tulisan ini "Saya tak dengar, saya lebih suka melayan Justin Bieber" kata spongebob kepada Dr. Mira -.-" [gambar] Apa yang menarik minat aku untuk menulis entri ini adalah kesalahan kita dalam tatacara menegur pemimpin. malu tahu tengok bangsa dan orang yang seagama dengan aku berbalah antara satu sama lain, lebih malu bila kepala untuk aktiviti-aktiviti ini adalah orang bukan islam,orang yang merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia. Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan dan mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan.. bukankah satu kebodohan untuk kita percaya janji-janji kafir laknatullah.. tidakkah anda berfikir mungkin ada udang di sebalik batu segala kempen ini dilakukan ? naudzubillah.. bukan aku katakan bersih ini tidak bagus, tetapi ada cara yang lebih baik..aku tak kata tuntutan tuntutan itu tak bagus. cumanya itulah, kita menuntut sesuatu bukan dengan cara demonstrasi jalanan seperti itu, tahukah kau orang semua nabi melarang semua ini kerana telah melangar hak sebuah jalan raya seperti dalam hadis Rasulullah Diriwayatkan dari Abi Sa’id Al Khudri RA dia berkata: Bersabda Rasulullah SAW:"Hindarilah duduk di jalan-jalan. Mereka berkata: 'Kami tidak bisa meninggalkan tempat itu, tempat kami berbincang-bincang disini'. Bersabda Rasulullah SAW: "Jika kalian enggan meninggalkan tempat ini, maka berilah hak jalan". Mereka bertanya: "Apa hak jalan itu?". Rasulullah menjawab: "Menundukkan pandangan, mencegah kemadharatan, dan amar ma’ruf nahi munkar'" wahai sahabat-sahabat, tuntutan yang baik,demi kepentingan rakyat. baiklahtapi adakah kau, kau , dan kau yang hadir itu menjaga adab-adab atau hak-hak jalan yang Rasulullah sebutkan itu? Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Jagalah dirimu dari dua tempat yang menyebabkan orang mengutuk!". "Apakah dua tempat yang menyebabkan orang mengutuk itu wahai Rasulullah?", beliau menjawab: "Yaitu orang yang membuang hajat di jalan umum atau tempat berteduhnya orang banyak'". ok, kalau malas sangat nak baca hadith itu yang mana baik korang baca Rasulullah telah bersabda, Rasulullah SAW memperingatkan kaum muslimin untuk tidak duduk di jalan-jalan. Jika mesti demikian, maka hendaklah ia memberikan hak jalan. Wajib memenuhi hak-hak jalan yaitu menundukkan pandangan, mencegah kemadharatan, menjawab salam, amar ma’ruf dan nahi munkar. Dilarang membuang hajat di jalan kaum muslimin atau di tempat berteduhnya. lihat, adakah kita mematuhi maaf bukan kita, kau,kau dan kau sahaja syarat-syarat yang telah Rasulullah letakkan semasa berhimpun? tepuk danya tanya iman HAHA comel [gambar] baiklah,fokus semakin lari..kembali kepada titik baca point penting yang ingin aku gariskan, bagaimana adab menegur pemimpin Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [An-Nisa', 59] Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari) jujur aku katakan , tiada pemerintahan yang bersih di akhir zaman ini di mana- manapun.. banyak yang rasuah, riba' dan sebagainya. ingin memenangi tampuk pemerintahan dengan jalan kotor, ah, terllu rimas aku nak menceritakan semuanya. namun sahabat, perlu kau tahu, dalam alQuran telah dengan terang jelas dan nyata Allah berfirman menyuruh kita menghormati pemimpin. Rasulullah sallallahualaihi wasalam juga bersabda tunaikan hak pemerintah dan MINTALAH PADA ALLAH HAK KAMU. . lihat dengan jelas hadith terserbut menyatakan.mungkin kalau kita menuntut hak kita kepada pemimpin tidak langsung mereka dengar,yakinlah pada Allah, minta pada Allah, mana tahu Allah akan lembutkan hati pemimpin tersebut dan kau dapat hak kau dengan cara itu.. Allah maha mendengar bukan? Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim) mudah, aku tak perlu jelaskan pun kalau kau dalami maksud hadis di atas ini. aku yakin kau semua bukan kucing atau lembu yang tiada akal untuk memahami. baiklah cara-cara menasihati tadi baru mukadimah TIDAK SECARA TERANG-TERANGAN Aku melihat hadith ini sebagai sandaran “Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka). Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajibannya.” (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz r.h. berkata: “Mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak termasuk dalam Manhaj al-Salaf. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada porak peranda dan hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf. Ia membawa kekecohan yang memberi mudharat, bukan manfaat. Sebaliknya jalan yang diikuti oleh golongan salaf ialah nasihat antara mereka dengan pemerintah (secara semuka), menulis surat (untuk menegur) mereka atau melalui ulama yang menjalinkan hubungan baik dengan mereka.”tiada pun nabi bersabda menyuruh berkumpul dan menjerit-jerit membawa sepanduk MENEGUR PERKATAAN YANG ADIL (YANG BAIK) “Dari Abu Said Al Khudri, dia berkata bahwa RasulullahShallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Jihad yang paling utama adalah mengutarakan perkataan yang ‘adil di depan penguasa atau pemimpin yang zhalim.bukan dengan terpekik terlolong menjerit memaki faham? MENASIHATI SECARA BERTERUSAN “Para ulama berpendapat, kewajiban amar ma’aruf nahi mungkar tidak gugur hanya disebabkan ia tidak memberikan sebarang kesan. Bahkan dia wajib melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin. Bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada pemimpin,malah, kita juga seharusnya mengambil iktibar.\ ORANG YANG LAYAK SAHAJA SEPATUTNYA MENASIHATI PEMIMPIN Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah (as-Sunnah) dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang Yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang Yang teguh imannya dan Luas ilmunya di antara kamu). (an-Nisa’: 83) Siapakah orang yang layak itu?mungkin ulama, cerdik pandai, dan ahli majlis syura pemerintahan. Bagi aku, memang betul kemungkaran itu patut dicegah, tapi bukan dengan cara ini. tahukah kau orang semua, Malaysia di jadikan contoh untuk memsir membangun ? bila doktor doktor bertanya mengapa memakai baju kuning kepada sahabat lelaki kelas aku dan mereka menjawab tentang bersih, malu aku dibuatnya. ini kah yang kau semua mahu banggakan? dan aku rasa kalau sekadar hendak marah memaki hamun, salah tempat, hanya akan menyusahan usaha. ok dah sehari aku mengarang idea, maaf entri agak berat dan mungkin membosankan tapi aku pegang kata-kata idola aku, Rasulullah sallallahualaihiwasalam, Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat. ok maasalamah Assalamualaikum Al intaahi |









2 ulasan:
WELL SAID amirah farhana. aku sokong ko 150%. diorg terjerit, terpekik, terlolong mcm tu, semua pun takut tgk. sedih tgk bangsa melayu skrg. nak menjatuhkan pemimpin sendiri. berpecah belah. kan lebih baik mereka mendoakan supaya pemimpin tu berubah. atau menegur dgn cara yg mira sebutkan kat atas. bukan dengan perhimpunan haram. nama pun dah haram, degil jugak nak pergi. tak dgr cakap polis. bila polis bertindak, diorg cakap polis mcm2. diorg jgak yang provoke polis.
@azy thanks dear well lebih baik macam tu dari susahkan orang lain kan ? :)
Catat Ulasan